” Cantiklah baby Ayra ni, macam mommy dia.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Amyra Rosli, Ayra Aryssa Sudah Pandai Tunjuk Gigi Sambil Tersengih. Part Mata Kedip-Kedip Masa Kena Kipas Tu Alahai Comel Sangat !!

Anak merupakan satu anugerah dan penyejuk hati dalam rumah tangga. Begitu juga pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin, pastinya kehadiran Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa merupakan hadiah yang paling bermakna dalam hidup mereka.

Amyra mahupun Amar sering kali berkongsi gambar-gambar dan video gelag4t anak-anak mereka di Instagram. Anaqi kini sudah berusia 3 tahun, manakala Aryssa baru memasuki usia 9 bulan. Sebelum ini Amyra pernah berkongsi foto Anaqi berselfie menggunakan telefonnya tanpa disedari olehnya.

Kali ini, Amyra telah berkongsi video anak keduanya, Aryssa pula. Menerusi video itu, kelihatan Aryssa ‘bercakap’ dalam bahasanya (bahasa bayi) apabila dikipas oleh seseorang sambil tersengih dan menampakkan bahagian giginya. Alahai bukan main seronok lagi Aryssa yer.

Melalui perkongsian tersebut, Aryssa yang duduk di atas stroller itu kelihatan memakai baju putih bercorak bunga-bunga dan sebuah topi yang berwarna putih diletakkan di atas dadanya. Turut kelihatan Aryssa beberapa kali memejamkan matanya ketika dikipas.

Jom ikuti perkongsian gambar di bawah :

Pejam celik, pejak celik usia Aryssa kini sudah menghampiri satu tahun. Rata-rata peminat memuji kecomelan si cilik ini. Antara komen-komen netizen :

” Comel nya check gigi. Adik macam ngantok je. Comelnya sayang Arysa. Nak kena kaa. Ishhhh. Gewam nihhhhh..

” Cantiklahh baby ayra ni. macam mommy dia. Heee rasa nak gig1t2 jer manja niiiiiih. Eeeee comelnyeee.. “

Wahh nampaknya Aryssa sudah pandai tunjuk gigi yer. Comel sangat part yang kedip-kedip mata tu. Ada sahaja gelagat Ayra dan abangnya, Anaqi yang dikongsikan mencuit hati ramai dan membuatkan ramai yang ger4m dengan telatah dua beradik ini.

Sebagai ibu bapa kita lah yang akan mencorakkan masa depan anak-anak kita. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aryssa membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa dan juga agama serta berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayra Aryssa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..