” Muka tak berubah, adakah anda telah menelan album ini sejak kecik.. ” – Netizen

Scha Alyahya Kongsi Gambar Thr0wback Zaman Kecilnya Dan Wajahnya Itu Jadi Tumpuan Peminat. Wahh Dah Macam Kak Long Kawasan Ni. Muka Memang Sebijik Macam Lara !! 

Scha Alyahya antara selebriti yang menjadi perhatian peminat. Scha yang memiliki wajah jelita dan sikap yang happy go lucky membuatkan peminat menyenanginya. Scha yang kini juga sedang hamil anak keduanya kelihatan semakin berseri-seri dengan wajahnya yang sedikit chubby.

Meninjau akaun Instagram Scha Alyahya, telah dikongsikan sekeping gambar throwback 33 tahun dahulu di mana wajah Scha ketika kanak-kanak dipaparkan untuk peminat. Scha yang duduk di atas bonet kereta bersama seorang sepupunya dilihat memakai tshirt dan seluar pendek.

Penampilan Scha itu menjadi perhatian kerana jelas kelihatan parut di lututnya. Tambahan Scha sendiri menulis di kapsyennya dengan hashtag jangan tegur parut tu. Scha turut tag nama anaknya Lara Alana di kapsyen itu memberitahu mommy tuck in tshirt dari kecil lagi.

Melihat akan wajah Scha itu memang tidak ada bezanya dengan wajahnya sekarang. Mimik muka yang sama dan gaya pun tetap sama. Parut di lutut itu membuktikan Scha memang seorang kanak-kanak yang aktif semasa zaman riang rianya itu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah Scha ketika kecil dengan kelihatan parut di lututnya itu menarik perhatian peminat. Boleh tahan las4k Scha waktu zaman kanak-kanak ini. Antara komen-komen mereka :

” Lutut tu rare scha, lutut bercorak kecik2 last nii ha-ha.. Muka scha dulu dan kini sama je. tak berubah langsung.. “

” Muka tak berubah , adakah anda telah menelan album ini semenjak kecik, haha.. “

” Lutut tu bukti tanda budak ‘baik’ kak long kawasan katakan.. “

” Las4k betul msa kecik. berbirat lutut haha.. Mata dan hidung lara.. bentuk muka n bibir abg awal.. “

” Masa budak2 dulu mesti kena letak atas keta buat ambik gmbar kan. Nostalgia budak-budak 80an.. “

” Kak long kawasan Scha. Muka scha macam lara, sebijik.. “

” Ya Allah sebijik muka lara. Hehe. Comel.. Dari kecil sampai sekarang muka Sama jer comey.. ”

Memang nampak macam raut wajah Lara muka Scha pada usia begini. Tidak hairanlah Lara ada wajah yang comel diwarisi daripada mommy nya yang tidak banyak berubah wajah sampai sekarang. Apa pun, semoga Scha sentiasa gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Scha Alyahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..