” Muka terus lain bila pakai tudung, makin cantik Mel.. ” – Netizen
Kongsi Gambar Terkini Mengenakan Tudung, Penampilan Emelda Rosemila Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Manis Sungguh !!
Menjadi selebriti tanah air, sudah pasti setiap perkongsian tentang diri di laman media sosial pasti menjadi perhatian warga netizen. Begitu juga akan pelakon Emelda Rosemila iaitu isteri kepada pelakon, pengacara dan penggiat teater, Adlin Aman Ramli ini sering mendapat perhatian peminatnya di media sosial.
Emelda atau lebih selesa dengan panggilan Mel juga merupaka adik kepada Datin Emilia Rosnaida, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan iaitu isteri kepada Dato’ AC Mizal. Mel paling dikenali menerusi watak Manja dan Lara dalam drama ‘Manjalara’ .
Kini Mel lebih memberikan fokus kepada bidang perniagaan dan hal rumahtangganya. Untuk pengetahuan semua, Mel telah mendirikan rumahtangga dengan Adlin Aman pada tahun 2009. Mel dan Adlin turut mempunyai seorang anak angkat lelaki.
Menerusi akaun Instagram, Mel telah berkongsi gambar terkininya dengan mengenakan tudung. Mel yang mengenakan tudung berwarna kelabu kelihatan sangat cantik dan wajahnya juga turut berseri-seri. Perkongsian gambar oleh Mel yang diambil secara selfie itu turut mencur1 perhatian ramai.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
Hsil tinjauan di ruang komen, rata-rata netizen turut memuji akan penampilan Mel yang tampil bertudung. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Chantex sis pakai tu.. “
” Mashaa Allah.. Knp cantik sngt ni yunk.. “
” Cantik nya Mel…. InSyaaAllah.. “
” Canteq nye Mel, moga kekal yer.. Cantiknya pakai tudung.. “
” Muka terus lain bila pakai tudung, makin cantik Mel.. “
” Omg…. Serius you cantik babes.. “
Cantik dan manis betul melihat Mel memakai tudung, berseri-seri wajahnya. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Mel yer. Kami dari Berita Kopak turut mendoakan semoga Mel akan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta dan segala urusan Mel sentiasa dipermudahkan. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Emeldarose
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..