” So beautiful, cantiknya Diana pakai tudung.. ” – Netizen

Diana Danielle Kongsi Gambarnya Bertudung Raih Perhatian Netizen. SubhanaAllah Cantik Sungguh Diana Dalam Persalinan Berhijab Serba Putih, Manis Sangat !!

Kebelakangan ini sering dikongsikan artis-artis memakai berhijrah memakai hijab. Penghijrahan ini sememangnya sesuatu yang baik, kerana golongan selebriti mempunyai peminatnya yang tersendiri. Baru-baru Hannah Delisha juga telah berhijrah berhijab dan peminat mendoakan Hannah istiqomah. Terbaru, Diana Danielle juga berkongsi di instagramnya memakai tudung.

Diana Danielle sememangnya selebriti terkenal tanahair. Isteri kepada Datuk Farid Kamil ini begitu diminati ramai. Diana begitu berbakat dalam dunia lakonan dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Personalitinya yang menarik, ditambah dengan bakat yang dimiliki tidak hairanlah Diana mencipta nama di persada seni tanahair.

Ibu kepada 2 orang anak ini sering memuatnaik perkongsian video dan gambar di Instagram miliknya. Seringkali Diana berkongsi aktiviti-aktiviti bersama anak-anak, selain berkongsi aktiviti dirinya sendiri. Kelatah Aurora dan abangnya Muhammad sering meraih jumlah view yang tinggi di instagram miliknya. Semakin comel Aurora dan Muhammad bila semakin membesar ni.

Diana yang merupakan duta produk Innershine ini dilihat semakin cantik dari sehari ke sehari. Perkongsiannya yang terbaru bertudung mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya. Ramai yang memuji kecantikan semulajadi Diana apabila bertudung dan berpakaian serba putih. Menawan sungguh Diana.

Ikuti perkongsian gambar Diana di bawah :

View this post on Instagram

@anasism 💛

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Perkongsian Diana mendapat pelbagai pujian daripada netizen. Rata-rata memuji kecantikan yang dimiliki Diana. Antara komen-komen netizen :

” Cantiknya.. I like you in white.. “

” Cantikkk DD.. You look amaze.. MasyaAllah cantiknyaa.. “

” Cantiknya.. I like you in white.. ” – Ummi Nazeera

” So beautiful.. Cantik D pakai tudung.. “

” Beautiful in white.. Cantiknyaaa bertudung.. “

” Cantik berhijab.. Mashaallah… cantik.. “

” Indahnya kejadian ini.. So sweet and beautiful.. “

Bertuah Farid mempunyai isteri secantik Diana. Bertuah anak-anak Diana menpunyai ibu yang sentiasa ada bersama mereka walaupun sering sibuk dengan jadual harian. Yang penting, saat bersama keluarga sering diutamakan dan digunakan Diana sepenuhnya. Didoakan semoga Diana terus kekal dengan imej bertudung dan terus istiqamah sampai bila-bila. Amin..

Silakan SHARE…

Sumber : IG Diana Danielle

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan