” Bukan dibul1, tapi sayang bini.. ” – Dato’ Hattan

Dato’ Hattan Kongsi Video Sedang Mengemas Rumah, Namun Gelagatnya Mengikut Arahan Isterinya Sangat Mencuit Hati. Alahai Comel Jer Dato’..

Siapa tidak kenal akan penyanyi lagu Memburu Rindu iaitu Dato’ Hattan Dato’ Haji Mohd Shukri “Hattan” Shahabudin atau lebih dikenali sebagai Hattan. Terdahulu, Dato’ Hattan sebelum ini pernah menganggotai Kumpulan FRU dan pernah merakamkan album yang berjudul Kelahiran pada tahun 1988.

Karakter vokal yang dimiliki Dato’ Hattan sangat unik dan menjadikanya salah seorang penyanyi rock lagenda tanahair. Maka tidak hairanlah Dato’ Hattan sering diberi peluang untuk merakamkan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lain namun dengan cara dan identitinya tersendiri.

Antara lagu-lagu Dato’ Hattan yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah seperti, Memb0ru Rindu, Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih. Dato’ Hattan telah mendirikan rumah tangga bersama Arianie Mohd Abidin pada 17 Disember 1996, dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Eiman yang kini berusia 22 tahun.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Dato’ Hattan ada berkongsi satu video yang memaparkan dia sedang vakum karpet di ruang tamu rumahnya. Video itu telah dirakamkan oleh isteri tercinta iaitu Datin Arianie dan turut memuji Dato’ Hattan sangat rajin membantu mengemas rumah. Malah gelag4t Dato’ Hattan itu sangat menghiburkan.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan kapsyen dan video yang dikongsikan oleh Dato’ Hattan itu. Antara komen-komen tersebut adalah:

” Hahaha klakor pulak tengok Dato.. “

” Ibarat mcm pegang club jugak tu Tok.. “

” Haha koreh bona nampak eh.. Haha.. “

” Hahaa rajin Dato.. “

” Baru diorang tau kn tugas seorang isteri… Hahaha.. “

” Dah macam berkobun gayo ea tu tok.. Hahahaha.. “

” Apo la dato.. Tak0t bini.. Kito ni laki Dato.. Kono berani.. Bini seh maghin sruh basuh baju sey tompik an mano baju nk basuh tu ?.. Hahahaa..”

Comel jer kapsyen Dato. Bertuah Datin Arianie, dapat suami ringan tulang rajin membantu kerja rumah. Dato’ Hattan memang terbaik. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Hattan sentiasa dimurahkan rezeki, bahagia sentiasa keluarga hingga ke akhir hayat. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Hattan by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..