” Nak dekat 10 kali ulang tengok, ada je akal dia ni kan. Alahai la anak.. “
Video Anak Adam Corrie, Fateh Lee Tiba-Tiba Muncul Dengan Tudung Saji Ketika Ustaz Tengah Bagi Ceramah Buat Ramai Terhibur. Kelakar Lah Fateh !!
Pelakon Corrie atau pemilik nama sebenar Adam Corrie Lee Abdullah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sering membawa watak gan4s dan antag0nis dalam filem serta drama lakonannya, tetapi di luar dia sebenarnya seorang yang baik dan ayah yang penyayang.
Corrie sering berkongsi gambar dan video anaknya yang diberi nama Adam Fateh Lee atau lebih mesra dengan panggilan Fateh. Untuk pengetahuan, Corrie dan isterinya Fazeema Fuad mendirikan rumahtangga pada 21 November 2008.
Setelah menanti 10 tahun, alhamdulillah Allah telah kurniakan pasangan ini satu anugerah yang terindah dalam hidup mereka. Fateh dilahirkan pada 11 Julai 2018. Menurut Corrie sebelum ini, dia dan isteri telah berjumpa 8 doktor pakar s4kit puan. Benarlah orang kata, rezeki tidak pernah salah alamat. Yang penting, kena berusaha, berdoa, bertawakal dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Menerusi akaun Instagram, Corrie berkongsi video semasa sesi usrah bersama dengan Ustaz Zulramli. Apa yang menariknya, ketika Ustaz sedang menyampaikan umrah dikelilingi beberapa jemputan yang mendengarnya, tiba-tiba Fateh muncul membawa tudung saji ke arah ayahnya.
Gelagat Fateh mengundang ketawa oleh para jemaah yang hadir. Alahai serius comel dan menghiburkan. Jom tonton video di bawah :
” Semalam Fateh pergi ikut mak & abah pergi @usrahfitrah. Fateh nak suruh abah @adamcorrielee bagi hadiah kat ustaz @zulramli_mrazali tudung saji. Fateh jumpa kat dapur #adamfatehlee #anakCinaMelayu #1tahun3bulan.. “
Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Fateh yang comel. Antara komen-komen peminat :
” Hahaa comel je fateh ni , rezeki unty aaina la dapat record gelagat awk ni yg hiburkan hati kami semua smlm supaya tak str3ss.. “
” Hahahah.. ulang2 kali tengok… ala kenapa bijak sangat si fateh ni.. “‘
” Suruh abah pakai tudung saji terus ke faeh. X jemu2 ulang tgk… Comel.. “
” Comey laaa pangai dia.. hahahaah… macam daddy dia la.. “
” Tgk berkali2. Comelnya Adam Fateh Lee.. “
” Ahahahaha… Ade je akal dia ni kan… Alahai la anak… Lupa dunia seketika.. “
” Aduhh dekat 10x ulang tgk… hilang rs str3ss aunty fateh.. “
” Adoiii dok ulang tgk video ni x blh move on @adamcorrielee.. “
Alahai Fateh, tak pernah tak comel. Ada sahaja keletah Fateh yang menghiburkan dan mencuit hati. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fateh membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh yang membahagiakan kedua-dua ibu bapa di dunia dan akhirat. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Adam Corrie Lee, Adam Fateh Lee by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..