” Saya TERHARU ramai yang sayangkan Jebat, sampai ke Mekah orang mendoakan dia.. “

Video Sharnaaz Ahmad Berkongsi Kegembiraan Anaknya Jebat Jayden Sudah Kembali Sembuh. ALHAMDULILLAH Terus Sihat Ye Jebat Sayang !!!

Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad ialah seorang pelakon lelaki yang popular di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009 menerusi watak pembantu dalam drama bersiri dalam drama bersiri Tari Tirana arahan pengarah Shahrulezad Mohammedin.

Sharnaaz adalah anak kepada Datuk Basir Ahmad, seorang usahawan di Pulau Pinang. Basir yang merupakan kenalan rapat kepada keluarga P. Ramlee. Selepas menamatkan pengajian di Kolej Polytech MARA pada tahun 2008 dalam jurusan perakauan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Sharnaaz Ahmad telah berkahwin dengan Noor Nabila Mohamad Noor pada tahun 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki comel bernama Jebat Jayden Ahmad.

Umum mengetahui anaknya Jebat Jayden berada di dalam keadaan tidak sihat dan sedang dirawat di sebuah hospital. Sebelum ini Jebat Jayden kerap kali berulang alik membuat rawatan kepada penyak1tnya itu.

Terbaru, Sharnaaz telah memuat naik 2 buah video di dalam satu entri di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan Sharnaaz memberitahu kepada semua pengikut dan peminatnya mengenai status terbaru anaknya Jebat Jayden.

Dengan rasa gembiranya, Sharnaaz menyatakan anaknya Jebat Jayden sudah kembali sihat. Beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap anaknya dengan mengadakan solat hajat untuk memohon kesembuhan untuk anaknya dan tidak putus berdoa supaya Jebat kembali sihat.

Menurutnya lagi, kesembuhan Jebat adalah daripada kekuasaan Allah SWT yang memberi Jebat kembali sihat. Kesakitan Jebat seperti terus hilang dan beliau merasa sangat gembira dan bersyukur.

Sharnaaz juga mengakhiri video tersebut dengan mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya.

Ini adalah sedutan daripada video tersebut :

” Terima kasih kepada semua yang mendoakan Jebat “

Jebat sudah mula ceria dan sihat.

Seronok bermain dengan ibu ye Jebat. 

Jebat seronok main lompat-lompat dengan ibu.

Jebat mula tersenyum. Terus sihat ye Jebat sayang.

Jom melihat video di bawah ini :

Sila KLIK simbol > untuk melihat video yang seterusnya.

” Kesihatan Jebat semb0h dgn kuasa Allah yg maha Esa. Saya dihujani oleh msg oleh rakan rakan yg prihatin. Terh4ru sgt -sgt org ramai sayangkan Jebat. Sampai ke Mekah org mendoakan dia. “

” Terima kasih sgt-sgt. Semoga Allah rahmati kita semua dunia akhirat. Terima kasih sgt-sgt. Selamat berhari raya buat semua umat islam. “

Rata-rata peminat dan pengikut Sharnaaz Ahmad mengucapkan rasa syukur dan mendoakan semoga Jebat terus sihat. Ini antara komen-komen mereka :

” MashAllah Alhamdulillah.  Allah maha kuasa. Syukur syanaz syukur. Miracle. Tambah bulan yang mulia ni. Ya Allah. “

” Alhamdulillah syukur. Ramai org sayangkan jebat. Ramai juga yg syg sharnaz & nabila. “

” Semoga family ini sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik2. Dan semoga Berbahagia selalu hendaknya. Amin. “

” Syukur alhamdulillah cepat semb0h jaga baik baik anak tu ok. “

” Alhamdulillah, Semoga kalian sekeluarga dlm rahmat Allah ,dan dilimpahi dgn kasih syg. “

” Tak sihat pun b4mbam lagi.. eiii ger4m comey ni. Alhamdulillah Sihat kembali. “

” Alhamdulillah, Jebat dh sht. Kdg2 ALLAH uji ank sak1t brsbb, mgkn utk mengeratkan lg hbgn suami isteri. Sy jgk prnh mengalaminye bersama suami. “

 ” Allah hu Akbar. InSyaaAllah ade hikmah di sebalik ape yg terjadi. Kite doakan kesemb0han yg berkekalan buat kesayangan semue nie jebat jayden. “

” Alhamdulillah, Masya Allah. Seb4k rasa. Be a good boy ye Jebat syg. “

” Alhamdulillah, happy to see him happy semoga lekas semb0h. “

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

 ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah ekrana telah memberi kesembuhan kepada Jebat Jayden.

Kami di Berita Kopak mendoakan Jebat Jayden terus membesar dengan sihat dan dilindungi Allah di mana jua berada. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..