” Ad0ii ibu, suka sangat menyakat Azal kan.. “
Video Zarina Zainuddin Meminta Anaknya Azal Membuat Pilihan Yang Suk4r, Bila Azal Memilih, Zarina Pula Merajuk.. Aduhhh Sampai Nak Menangis Dah Azal !!!
Zarina binti Zainuddin merupakan seorang pelakon wanita di negara ini. Zarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak.
Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan namun membesar di Parit, Perak dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Liyana Sulaiman.
Perkahwinannya dengan Dato’ Sri Dr Abu Raihan Wan Jaafar telah dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai, Muhammad Naim Azrai, Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil).
Rata-rata ramai yang tahu Azal dan Azil merupakan anak yang aut1sme yang istimewa. Namun semua itu tidak menghalang Zarina untuk memperkenalkan anak-anaknya kepada umum. Malah kisah Zarina boleh dijadikan sumber inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana.
Zarina Zainuddin seringkali berkongsi video dan foto mengenai kehidupan bersama anak-anaknnya dan juga produk perniagaan di laman Instagramnya.
Beberapa jam lalu, Zarina telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut adalah video yang dirakam olehnya sendiri di dalam kereta. Zarina merakam perbualan di antara beliau dengan anaknya Azal.
Di dalam video tersebut, Zarina bertanyakan kepada Azal dan meminta Azal membuat pilihan, sama ada Azal sayangkan dirinya atau pun sayangkan handphone. Ternyata soalan itu sangat merum1tkan bagi Azal. Azal tidak mampu memberi jawapan dengan segera.
Zarina bertanyakan soalan itu berulangkali, tetapi Azal masih lagi tiada jawapan. Sehinggalah Zarina menyatakan masa yang diberi untuk menjawab soalan tersebut sudah tamat. Reaksi Azal selepas itu sangatlah serba keliru dan dilema, apabila Zarina membuat andaian Azal tidak sayangkan dirinya.
Akhirnya Azal pun memberi jawapan yang sejujurnya. Azal menyatakan, dia sayangkan kedua-duanya. Zarina tidak berpuas hati dan menyuruh Azal hanya memilih satu sahaja.
Lalu Azal menjadi serba salah dan ingin menangis kerana tidak tahu memilih yang mana satu. Begitulah sehingga akhir rakaman video tersebut.
Ini adalah antara sedutan di dalam video tersebut :
Zarina : Azal cuba awak pilih antara dua, awak sayangkan ibu ke sayangkan handphone ?
Zarina : Cepatlah.. awak nak ibu ke nak handphone ??
Zarina : Okay masa dah tamat, awak tak sayangkan ibu..
Azal : Sayang ibu…
Zarina : So awak sayangkan ibu ke handphone ?
Azal : Sayang dua-dua..
Zarina : Awak kena pilih satu sahaja…
Azal :…….. ( terdiam )
Kesian Azal, suka sangat ibu usik Azal ye.. pening Azal nak pilih ..
Jom lihat reaksi Azal di dalam video di bawah ini :
” Saya nak dua ibu. Azal oh Azal. “
Rata-rata peminat dan pengikut Zarina merasa terhibur dan ada juga merasa kasihan melihat reaksi Azal. Ini antara komen-komen mereka :
” Aduh akak tanya soalan macam tuh, sy pon tak boleh nak jawab hahahhahah dua dua sayang. “
” M4saalah ni !! Stress muka azal. Kes1aan azal. Mestila syg ibu apa lagi yg dia ada selain fon tu ina syg !!!! Saje nak meny4kat si azal kan. “
” Mcm anak sy. Baru 5 tahun tanya camtu. Dia buat muka ceb1k terus d1lema haja saja nyakat. “
” Hahahhaaa kel4kar lah ibu ni. Stress Azal nak jawab. C0mel tengok dia stress. “
” Suka tengok reaksi Azal. Macam most lelaki2 kt luar sana yang bila dapat k1ller question dari pasangan. “
” Conf1use dia sis, kes1an tengok dia nk jwb yg mne. “
” Soalan yg sgt2 stress susah nak jwp. “
” Suka my4kat kes1an Azal hehe. “
” Hahahahaha.. aduuh2 bila ibu bertanya dengan p4ntas perlu di jawap.. hihihi. “
” Pen1ng Azal nak jawab soalan tu. “
” Awat sus4h sangat Azal, pilih lah ibu. Ibu syg azal. zarinazainuddin. “
Seseorang ibu sudah tentu akan merasa bahagia sekiranya disayangi oleh anak-anaknya. Dan Zarina sudah pasti anak-anaknya jua menyayangi dirinya.
Begitulah cara Zarina zainuddin dalam membesar anak-anak aut1smenya. Sangat memberi inspirasi dan semangat kepada ibu-ibu di luar sana yang memiliki anak aut1sme ini.
TAHNIAH Zarina !!!
Kami di Berita Kopak mendoakan Zarina terus tabah dalam menjaga anak-anak istimewa ini. Syurga ganjarannya. InshaAllah.
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..