” H0tak Kau, kalau macam ni sampai berbuka pun tak habis pilih lagi .. “

Video Achey Menunjukkan Cara Mencari Ikan Yang Baik , Tetapi Akhirnya Kena Pen4mpar Manja Dengan Isterinya, Adoii La Achey Dalam Banyak-Banyak Ikan, Ikan Tu yang DiPilihnya.. Sabor Jer la !!

Mohamad Nasir Bin Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau adalah juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3.

Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Di samping itu, beliau pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Allahyarham Harun Salim Bachik.

Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Achey telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya Nur Hassanah Binti Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne.

Achey seringkali berkongsi video dan foto-foto di laman Instagramnya buat peminat dan pengikutnya. Video-video yang dikongsikan kebiasaannya berkisar tentang anaknya Tiara dan isteri, aktiviti memancing bersama rakan-rakannya dan juga kisah dunia seninmya.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Achey telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan cara-cara memilih dan mencari ikan yang  baik. Video itu dirakam oleh isterinya Anne di dalam sebuah pasaraya.

Achey menerangkan kepada Anne untuk mencari ikan yang baik adalah dengan melihat insang ikan tersebut. Sekiranya insang ikan tersebut berwarna merah itu tandanya ikan itu masih elok.

Apa yang menariknya, semasa Achey mengajak isterinya melihat contoh ikan yang baik, Achey telah membawa isterinya ke tempat ikan bilis. Anne ketika itu tidak dapat menahan ketawanya, selepas melihat suaminya mengambil seekor ikan bilis dan membuka insang ikan bilis tersebut.

Di bawah ini adalah antara sedutan dari video tersebut :

Achey : Untuk mencari ikan yang baik, kita tengok pada insang ikan tersebut…

Anne : H0tak dia.. Insang pun tak nampak.. tak nampak .. macamana nak cari..

Achey : Kalau yang ni dah tak ade kepala maknanya insangnya dah tak de tak payah ambil..

Anne : Kalau macam sampai berbuka pun tak habis pilih lagi.. baru tiga ekor ..

Adoii la Achey.. tak pernah tak kelakar.. Anne pun dah tak tahan.. asyik ketawa sahaja.

Haa kalau korang nak tahu kelakar ke tak.. jom tengok video di bawah ini. Lepas ni tak susah dah nak cari ikan yang baik macamna .

 ” Nak cari ikan pun susah.. meh abang ajar anne_achey “

Rata-rata peminat dan pengikut Achey merasa terhibur dengan tips yang diberikan. Ini komen-komen mereka :

” Eeee beria seh aq tnggu ingt ikan betul rupe yee ikan bilis Hahahha. “

” Semangat saya nk tahu came nk tgk ikan tu segar ke tak. Last..”

” Oh macam tu rupanya.Agak2 kalau nak beli sekilo jam berapa kena pergi membeli ya abg acheykintangkintung. “

” Yang ni lawak.. mmg lawak… aq pon trkena.. tggu2 last2 bilis. “

” Hahhahahah ingt kan ikan btol tadi rupa nye bilis klau pilih gtu smpai raya tak siap lg. “

” Sabaw je la.. hat ni mn ade merah. semua hitamm…. reject la semua ikan tu. “

” Wahh kalai gini gaya nya 2 3 tahun punya raya xabiz cari ikan bilis . “

” Jenuhhh wehh nak carikk satuu satuu. “

” Sabo je lah acheykintangkintung ni, beriya kita layan nya, ingat kan betul2 petua yg baik, sekali ikan bilis.. klu gini lah cara nya sampai raya pun tak habis nak memilih nya. “

Senang je rupanya nak cari ikan yang baik yer Achey. Lepas ni kalau nak cari ikan ikut je tips yang Achey bagi ni. Tapi janganlah diguna pakai untuk mencari ikan bilis macam Achey tu pulak. Gunalah untuk mencari ikan yang segar dan besar.

Apa-apa pun terima kasih kepada Achey kerana berkongsi Tips ini.

Kami di Berita Kopak mengucapkan terima kasih kepada Achey atas perkongsian video tersebut. Selamat menjalani ibadah puasa buat Achey sekeluarga. Semoga ibadah puasa kali ini memberi seribu rahmat buat kita semua. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Achey by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..