Harga EPAL HITAM Ini Boleh Mencecah RM100 Sebiji
Tetapi Petani Jarang Untuk Menanamnya. Tak Sangka Pokoknya Saja…
Buah yang susah ditemui dan lari dari kebiasaan biasanya dijual dengan harga yang sangat tinggi. Begitu juga dengan epal hitam ini. Buah epal hitam adalah jenis buah epal yang paling mahal sekali tetapi tidak ramai yang menanamnya kerana petani merasa takut untuk menanamnya.
Kita selalu melihat epal berwarna merah, hijau, merah kuning, dijual di pasaraya, kedai buah tetapi jarang menemui epal hitam. Sebenarnya epal hitam dikenali sebagai raja epal.
Di China, Sebiji harga epal ini boleh mencecah sehingga 150 yuan (RM90), tetapi walaupun harga epal ini tinggi, tidak ramai yang menanamnya.
Ini kerana, dibandingkan dengan pokok epal biasa yang dapat mengeluarkan buah dalam masa 2-3 tahun, pokok epal hitam pula perlu menunggu sehingga 8 tahun untuk mengeluarkan hasil dan hanya ada 30% buahnya yang berwarna hitam sempurna baru boleh dijual.
Masa yang lama menyebabkan kosnya sangat tinggi, tambahan pula buah epal ini memerlukan pembeli yang benar-benar berminat sahaja. Jika harganya mencecah lebih RM90- sebiji, berapa ramai yang inginmembelinya.
Tetapi, epal hitam memiliki beberapa kelebihan semasa proses penanamnya, epal ini tahan sejuk dan secara semulajadinya tidak banyak serangga yang berminat untuk menggigiitnya, ini kerana warnanya akan berubah menjadi merah.
Tetapi kerana rata-rata petani di sana lebih mementingkan kos pengeluaran yang rendah maka epal ini sangat jarang ditanam. Kerana itulah epal ini sangat jarang dijumpai di pasaran.
Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!
Sumber : omgtw / Disediakan dan diterjemah oleh Berita Kopak