” Adoiii, tak boleh move on bila tengok part Heliza menyanyi pelat-pelat tu .. “

Video Heliza Helmi Sekeluarga Bertukar Menjadi Kanak-Kanak. Alahai.. Comel Sangat !!!

Nur Heliza binti Helmi atau dikenali sebagai Heliza Helmi merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi dan mendeklamasi sajak, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki Akademi Fantasia. Beliau kini telah berusia 33 tahun.

Anak kepada Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang merupakan anggota polis dari Kuala Kangsar, Perak. Manakala ibunya, Latifah binti Muhammad berasal dari Terengganu. Bakat seninya disalurkan sebagai penyanyi, model, pelakon dan pengacara televisyen.

Selain itu, beliau juga aktif sebagai penceramah, pakar motivasi dan aktivis kemanusiaan dan memperjuangkan lagu-lagu berkonsepkan pop dan keagamaan.

Artis kecil molek Nurheliza Helmi seringkali memuat naik perkongsian berbentuk dakwah di laman sosial, sama ada di laman Facebook mahu pun di laman Instagram. Di samping itu, Heliza Helmi juga selalu menyertai aktiviti berbentuk kemasyarakatan. Terbaru, pada bulan lalu, beliau telah pergi ke Syria menghulurkan bantuan.

Beberapa hari yang lalu, Heliza Helmi telah memuat naik sebuakh video di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan Heliza dan ahli keluarga sedang menyanyi  dengan menggunakan filter di dalam aplikasi Snapchat. Filter yang dipilih adalah filter untuk wajah berubah menjadi baby yang cute.

Kelihatan di dalam video tersebut, Heliza sendiri, adiknya Hazwani, serta ibu dan ayahnya. Apa yang menariknya, Heliza Helmi menyanyi dengan bahasa yang pelat seperti kanak-kanak. Memang comel sangat. Ayahnya juga menyanyi dengan sporting sekali, termasuk ibunya juga.

Ini antaranya :

Heliza Helmi sedang menyanyi.

Ayahnya juga menyamyi tapi versi bahasa Inggeris. 

Ini ibunya juga terjebak sekali.. hehehe…

Jom tonton aksi keluarga Heliza ini di dalam video di bawah ini :

” Apabila The Helmis’s sekeluarga menjadi. Apps : SnapChat ( apps tu effect comel.. hakikat sebenar….. huhuuu ). “

Rata-rata peminat dan pengikut Heliza Helmi memuji kecomelan Heliza dan ahli keluarganya yang lain dan juga turut terhibur. Ini komen-komen mereka :

” Tgk part heliza nyanyi je tersemb0r minum air gel4k. “

” Hahahahahaha rasa nak lemp4ng.. cute sgt. “

” Alaaaa cutenya family ni . “

” Hahhaha.. terbaik lah.. the helmis’s family. “

” Ya ampuuun so cute. Lahaiiiii ger4mmm nengok ehhhh nurhelizahelmi. “

” Comelnye korang ni ya Allah. “

” Hihi knapa comel Sgt. “

” Siyes tgk nurhelizahelmi comel mcm baby comel nak menghib0rkan di bulan ramadhan hahahahaa. “

” Akak jangan comei sangat meltinggg. “

” Hahahhahahahahhaha..comel weyh…kimju ni..layan lagu raya. “

” Hahaha nak raya je i slalu tringat mms mu bg dlu lagu ni. “

Comelkan.. semua comel-comel. Kalau siapa bosan tu boleh la guna aplikasi ni. Admin pasti korang akan kembali ceria tau. Sebab min dah cuba tau. Terima kasih Heliza sebab berkongsi video yang menghiburkan ini.

Kami di Berita Kopak mendoakan Heliza sekeluarga memperolehi rahmat dari Allah, dilindungi dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.

Selamat menunaikan ibadah berpuasa untuk Heliza sekeluarga.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Heliza Helmi by Berita Kopak.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..