” Ya Allah merdunya suara Abang Danish Mengaji Al-Quran, alunan dia tu MasyaAllah.. “
Video Anak Sulung Norman Hakim Dan Abby Abadi Mengalunkan Surah Al-Kahfi Secara Hafazan Buat Ramai Yang Kagum !!
Sebelum ini kami pernah kongsikan rakaman video anak sulung pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Danish Hakim sedang memandikan ayah Abby.
Danish baru sahaja diraikan di Majlis Konvokesyen Huffaz ke-2 Peringkat Negeri Selangor pada bulan oktober yang lalu. Sebelum ini Danish belajar pengajian hafazan di Turki selama lima bulan dan telah kembali ke tanahair pada bulan Julai yang lalu.
Sikap Danish mendapat perhatian ramai dan ramai yang memujinya di ruangan komen. Bukan senang nak jumpa anak muda bersikap seperti Danish. Memang susah nak cari, satu dalam sejuta.
Jika anda masih belum menonton video tersebut, sila tonton video di bawah :
” So sblm hantar dia balik smlm gilah rumah Mak, mandikan Ayah. Kita tak tlg lah sbb suami beregu dah dgn Danish. Kita tlg menyibuk2 ambil gmbr je.. “
” Dah pandai dah dia shampoo kepala, sabun badan, kaki atuk semua.. syukur! Enjoy bang ye. Nanti balik, buat lagi hehe.. “
” Ps : Suami @jaiezzany TQ selalu ada & selalu rajin.. “
Yang terbaru, Norman Hakim berkongsi video rakaman Danish sedang mengalunkan bacaan surah Al-Kahfi secara hafazan. Bacaan Danish sangat merdu dan menenangkan halwa telinga yang mendengar.
Jom tonton video penuh di bawah :
” Salam Jumaat. Jom ramai2 kita ber “Al-Kahfi” JOM !!! “
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Norman dan Abby kerana berjaya mendidik Danish menjadi anak yang soleh. Antara komen-komen netizen :
” Kak abby dan abg norman. Tlg la bg tips nak didik anak2 … Suka tgk dorg.. “
” Alhamdulillah.. tahniah norman n keluarga .. moga apa yg dicita2 akn berjaya dunia akhirat.. amin.. “
” Syabas abg norman.. setiap tengok video danish mengaji pasti mengalir air mata saya sebab teringat zaman sekolah.. ayah suruh sekolah arab tapi saya nak sekolah menengah academy biasa ayah tak bagi tapi semuanya adik beradik saya sekolah arab yang no 3 sekarang di mesir sambung belajar.. biasa saya orang kelantan kebabyakkan orang kelantan mak ayah hantar sekolah arab @normanhakim_786. “
” Alhamdulillah… sejuk hati dpt anak ni.. semuga terus jd anak yg istiqomah dlm mencintai ilmu dunia dn akhirat…. Aamiin…. “
” Alhamdulillah … mashaallah… teringat anak sy di madrasah…. semoga berjaya juga jd al hafiz dan tamat kan shadah seperti abg danish… aamiin.. “
” Terbaekkk abg danish… moga jd cth dan teladan buat adik2mu dan jd ank yg membanggakan mama abah papa mummy sekaligus jd ank yg soleh didunia dan akhirat… aamiin3 “
” Ya Allah sedapnya suara abg danish.. alunan dia tu masya Allah.. “
Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Bertuah betul Abby dan Norman mendapat anak soleh dan sebaik Danish. Sejuk perut ibu yang mengandungkan Danish.
Semoga menjadi contoh yang baik untuk adik-adiknya dan anak-anak di luar sana. InshaAllah..
Ada yang nak buat menantu tak ? Huhu..
Silakan SHARE, semoga bermanfaat..
Sumber : IG Abby Abadi / Norman Hakim / Youtube by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..