Ustaz Ebit Lew Bertanya Pada Erra Fazira, Jika Hari Ini Hari Terakhir Dalam Hidupnya, Apa Yang Ingin Diperkatakan Kepada Anaknya
Jawapan Erra Buat Ustaz Ebit, Engku Aleesya Dan Ramai Yang Sebak & Mengalir Air Mata !!
Pendakwah terkenal dan penceramah motivasi, Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit sering berkongsi pengalamannya mendekati insan-insan yang terkapai-kapai dalam ‘kegelapan’ demi untuk membawa mereka ke kembali ke pangkal jalan seperti remaja bermasalah dan juga golongan LGBT.
Tidak pernah sekali beliau mengeluarkan kata-kata yang kasar dan menghina golongan yang tersasar atau dengan kata lain telah jauh dari agama. Malah Ustaz Ebit selalu mendampingi golongan ini dan mengajak mereka kembali ke jalan yang diredhai.
Ustaz Ebit Lew seorang pendakwah yang selalu melihat dan melawat tempat yang jarang kita tahu kehidupan di sebaliknya. Beliau senantiasa mengajak masyarakat ke jalan kebaikan dengan cara dan gaya beliau yang lembut dan sangat berhemah.
Pendekatan Ustaz Ebit secara sopan dan berhemah itu sangat disenangi ramai lebih-lebih lagi bagi insan-insan yang pernah didekatinya atau yang dibantu olehnya. Ustaz Ebit sangat terkenal dengan tagline ‘Allah Sayang’.
Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit berkongsi video bertemu dengan pelakon dan penyanyi terkenal yang cantik manis, Erra Fazira semasa rakaman program A Bit With Ebit Di TV Al Hijrah. Perkongsian Erra membuatkan Ustaz Ebit dan semua yang ada di situ tersentuh serta sebak.
Yang paling membuatkan ramai rasa sedih apabila Ustaz Ebit bertanya kepada Erra, apa yang ingin dikatakan oleh Erra kepada anaknya Engku Aleesya dan juga kepada ibunya. Kata-kata Erra membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Baca perkongsian Ustaz Ebit di bawah :
” Sebaknya ya Allah… Tadi @errafazira menangis teresak-esak sepanjang atas pentas masa berbual cerita nak semakin dekat dengan Allah dan kisah mula-mula berhijab. Macam-macam difikirkan masa tu.. “
” Katanya saya pohon kekuatan darinya. Saya dan semua menangis bersamanya. Dari muda tau ustaz saya niat ya Allah saya nak dekat pada Allah. Saya selalu sangat tengok dakwah ustaz di bawah jambatan pada anak muda.. “
” Saya gembira jumpa ustaz sangat. Beliau sangat kuat. Allahuakbar. Kagum pada semua ibu diluar sana yang begitu kuat melalui hidup ini.. “
” Saya kata padanya semua ujian ini cuma kerana Allah sayang. Baik sangat orangnya,rendah diri dan suka dengar nasihat. Allahuakbar. Allah sayang padanya.. “
” Tadi beliau bawa anaknya Engku Aleesya. Cantik sepertinya. Saya tanya padanya apa yang buatnya kuat. Katanya saat berdoa dan menangis minta pertolongannya.. ”
” Saya kata jika hari ini hari terakhir dalam hidup Erra. Katalah tidak ada lagi esok dalam hidup Erra apa ingin katakan atau nasihatkan Aleesya dan buat ibu bapa Erra.. “
” Kita rekodkan di rancangan ini ‘a bit with ebit’ tv alhijrah buat nasihat buat semua di luar sana. Katanya ‘ Wahai anakkku Aleesya, jadilah anak yang jaga solat. Jadi orang baik. Dekat dengan Allah.. “
” Kerana kita semua hamba Allah. Satu hari kita akan mati. Kita akan dapat bersama dalam syurga jika kita menjadi hamba Allah yang baik..’ “
” Masa tu Aleesya pun sebak menangis. Buat ibu ayah terima kaseh kerana doa mak ayah dan saya nak jadi anak solehah..maafkan kekurangan diri anakmu ini.. “
” Masa bagi buku isteriku bidadari padanya. Ustaz tolong sign. Ustaz tangan kiri sangat baik dan kreatif ni. Allah sayang Era dan anak serta ibu bapanya. Tahniah menjadi contoh yang baik buat masyarakat diluar sana. Wanita dan ibu yang kuat.. ”
” Jangan lupa tonton rancangan a bit with ebit di tv alhijrah. Nantikan-ebitlew #abitwithebit #tvalhijrah #isterikubidadari #ebitlew #episod6.. ”
Rata-rata netizen sebak dengan perkongsian Ustaz Ebit. Antara komen-komen netizen :
” Asbab dakwah berhikmah ustaz lebih ramai artis kita kembali dekat kepada Allah. Aminn.. “
” Semoga d pmudahkan sgala urusan.. “
” Keep inspiring ustaz.. really love your talk.. “
” Sayu.. Saya pun nak dekat ngn Allah tpi x macam mana nak mula.. “
” Thank you Allah for ustaz ebit lew. “
” Kita geng la ustaz.. saye pun tangan kidal… hehehh @ebitlew.. “
” Yang baik-baik sahaja buat semua.. “
Terima kasih Ustaz Ebit di atas perkongsian ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua yang di luar sana. Semoga terbuka hati ramai orang yang akan berhijrah ke arah kebaikan seperti Erra.
Buat Erra, semoga tabah menjalani liku-liku kehidupan yang sangat mencabar ini. Semoga dipermudahkan semua urusan Erra di dunia dan juga bekalan untuk akhirat nanti. InshaAllah. Amin.
Sama-sama kita nantikan video penuh rancangan A Bit With Ebit di TV Alhijrah bersama Erra Fazira nanti.
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..
Sumber : Ustaz Ebit Lew, Erra Fazira by Berita Kopak / Content Media
Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..