” Ad0ii.. siap ket0k-ket0k gitar pulak tu… jari tu dah kenapa c0mel sangat.. “

Video Sherry Al-Hadad Cover Lagu Kant0i Nyanyian Zee Avi Sambil Memetik Gitar, Dapat Pujian Peminatnya. You are Superb Sherry !!! 

Siapa yang tidak mengenali Sherry al-Hadad atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad, seorang pelakon dan pengacara yang berbakat besar. Keletahnya yang spontan dan lucu selalu mendapat perhatian ramai.

Bakat lakonan Sherry bermula ketika menuntut di ASWARA dan kemudiannya dibawa ke industri lakonan oleh pengarah Shahrulezad Mohamamedin menerusi telefilem “Sutun” pada tahun 2006. Sejak itu dia bergelar pelawak dan pengacara TV terkenal termasuk pernah mengacarakan program sensasi Melodi TV3.

Setiap kali kemunculannya di kaca televisyen, ada sahaja celotehnya. Bijak berkomunikasi dan sangat mudah mesra menjadikannya sangat dikenali di negara ini. Bidang pengacaraan sudah semestinya menjadi makanannya. Serba boleh Sherry ni !!

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Sherry Al-Hadad telah memuat naik sebuah video. Video tersebut adalah video Sherry membuat cover lagu Zee Avi yang bertajuk Kant0i. Zee Avi merupakan penulis dan penyanyi wanita Malaysia, berasal dari Miri, Sarawak.

(Gambar : Penyanyi asal Zee Avi )

Apa yang menariknya, Sherry Al-Hadad menyanyi dengan bermain gitar. Kelihatan sangat berbakat dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Sesiapa yang pandai bermain gitar akan tahu lah Sherry memetik gitar dengan betul atau pun tidak.

Namun begitu, nyanyian Sherry tidaklah seter0k mana. Caranya menyanyi sambil memegang gitar itu, semuanya nampak menarik dan ramai yang kata beliau sangat comel.

Ini sedikit sedutan daripada video tersebut :

Sherry : Semalam I called you.. you tak answer.. you kata you keluar pergi dinner..

Sherry : You kata you keluar dengan kawan-kawan you.. tapi sebenarnya you kaki pen1pu…

Jom tonton video di bawah ini :

” Cover lagu Zeeavi Kantoi. Pssttt.. pinjam gitar Suci Nasir. “

Rata-rata peminat dan pengikut Sherry merasa terhibur dan mengatakan Sherry mempunyai confident level yang tinggi. Ini komen-komen mereka :

” Now baru lah aku tahu suara aku x la ter0k sangat. “

” Kau belas4h je ke apa tu?aku tgh perhati jari Kau ni.. nampak macam betul, Tapi macam tak. “

” Hahahaha the best cover everrr. “

” Yakin kene tinggi eh masa petik gitar tu. Hahahah. “

” Kompiden tu penting…. hahahahaha. “

” Hahah comel tngan sherry. “

” Hadoi x leh blah jari tu. “

” Yang penting muka konfiden sangat kan. “

” Xtaw nape.. tang ” u tak angserrr ” rasa kelakar sgt. “

Dan di bawah ini adalah Video daripada penyanyi asal Zee Avi :

Tahniah Sherry Al-Hadad kerana berjaya menhiburkan hati peminat dan pengikut anda di laman Instagram.

Kami di Berita Kopak mendoakan Sherry sentiasa di dalam lindungan Allah selalu, dipermudahkan urusan dan berjaya di dalam segala bidng yang diceburi. Amin.

Selamat berpuasa Sherry !!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak

Silakan SHARE.

Sumber : IG Sherry Al-Hadad by Berita Kopak.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..