” Suami saya ini jenis alim, geng masjid. Suatu hari saya terdetik nak bukak handphone dia.. “

Alangkah terkej0t saya, rasa macam nak tercab0t jantung bila baca.. “

Keluarga bahagia impian semua insan berkeluarga atau yang bakal mendirikan rumah tangga. Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan.

Kehidupan suami dan isteri mestilah diwarnai dengan haruman kasih sayang dan cinta yang ikhlas. Banyak aspek dalam kehidupan rumahtangga yang harus dititikberatkan oleh suami dan isteri terutamanya tanggungjawab, saling bertolak ansur, menghormati satu sama lain, menjaga maruah pasangan dan banyak lagi.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Namun ada di kalangan pasangan yang telah berumahtangga mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan mereka. Malah yang lebih teruk lagi, ada yang sanggup menggunakan nama agama untuk menyembunyikan sikap buruk mereka.

Baca perkongsian yang dipetik dari laman web Kisah Rumah Tangga di bawah. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua :

Assalam admin.. saya guna acc kwn tp tolong ye, hide profile ni. Saya umur 32, suami plak umur 36. Dah 11 tahun dikurniakan 4 orang anak.

Suami saya ni jenis alim geng masjid. Pasal agama memang tak payah cakap la kan, memang titik berat betul bab agama saya dengan anak2.

Selalu jaga dia bangun solat tengah malam hingga awal pagi. Suami pun tak pernah abaikan kami anak beranak. Nafkah pun tetap bagi banyak, walaupun saya ni bergaji agak tinggi.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Tapi ada la 1 malam ni saya tiba2 terjaga, terus rasa nak ke dapur sebab dahaga. Saya keluar je dari bilik saya ternampak suami dengan pakai kopiah lagi tengah sibuk layan hp sambil senyum2 masa tu dia tak nampak saya, tapi saya pun selamba je pegi dapur dan terus minum.

Esoknya, saya terdetik nak cek hp dia masa dia tengah dalam bilik air. Tiba2, saya terkejut ada 1 mesej masuk “ abang kat mane ? ”.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Saya pun terus je cek mesej2 yang sebelum, alangkah terkejut bila cuba faham mesej2 tu, selama ni suami bertukar2 mesej dengan sorang janda. Sedihnya macam nak tercabut jantung.

Janda tu memang cantik sangat, ada sent gambar pakai tak cukup kain termasuk pakai seluar pendek macam bikini kat tepi kolam renang. Saya dengan suami bertengk4r teruk pasal ni.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Suami kata perempuan tu hanya kawan biasa, kenalan pasal kerja. Tapi suami dah terlambat untuk menipu, sebab semua mesej2 saya dah baca.

Nasihat saya, walau alim macamana pun suami kita, jangan terlalu mudah percaya dan selalulah periksa hp mereka. Wasalam..

Terima kasih atas perkongsian ini. Kepada suami isteri di luar sana, sila ambil pengajaran daripada kisah ini. Kepada suami, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Jangan cuba berselindung di sebalik nama agama. Sekali wanita dikhianati, sampai bila-bila dia akan ingat.

Biasanya naluri seorang yang bergelar isteri ini sangat kuat. Jika anda rasakan perubahan sikap atau ada sesuatu yang tak kena dengan suami anda, bertindak untuk lakukan sesuatu sebelum terlambat. Seperti kata pengadu, selalulah periksa telefon suami.

Silakan SHARE..

Sumber : KRT / Dikemaskini Oleh Berita Kopak & Ciungwanara