” Hahahaa.. Dialog kat belakang tu dah sed1h dah, sekali tengok kau Abil, terbur4i gel4k.. “
Video Bila Nabila Huda Ajuk Percakapan Pelakon Norlia Ghani Dan Fauziah Nawi, Memang Kelakar, Adoii Menjadi Sungguh La !!
Nabila Huda binti Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Nabila Huda ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis.
Nabila Huda merupakan anak sulung kepada legenda rock terkenal Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) daripada kumpulan Search. Nabila memulakan kerjaya lakonan pada 2001 menerusi peranan yang tidak dikreditkan dalam Lagi-Lagi Senario arahan Aziz M. Osman.
Nabila Huda dilahirkan pada 2 Disember 1984 di Kuala Lumpur. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abil mempunyai empat adik-beradik berlainan ibu iaitu Irisha Myra , Alexander Zulkarnain , Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.
Nabila mempunyai seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang dilahirkan pada 2009, hasil perkahwinannya yang terdahulu. Pada 25 Disember 2015, Nabila telah sah bergelar isteri sekali lagi buat kali kedua kepada Mohd Izwan Johar seorang tauke Kafe Hipster.
Bakat yang ada pada Nabila Huda tidak mampu di sangkal lagi. Apa sahaja watak yang diberikan kepadanya, pasti akan dibawakan dengan baik dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.
Beberapa hari yang lalu, Nabila Huda telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan beberapa orang pelakon iaitu Fauziah Nawi, Norlia Ghani, Fahrin Ahmad dan Nabila Hud sendiri sedang membuat penggambaran Telemovie Raya bertajuk Syawal Untuk Semah.
Apa yang menariknya di dalam video tersebut. Dalam kesedihan pelakon Norlia Ghani dan Fauziah Nawi menghayati watak masing-masing. Pelakon Nabila Huda yang berdiri berhampiran mereka telah mengajuk kedua pelakon veteran tersebut. Setiap butir dialog telah diajuk oleh Nabila dengan baik sekali.
Pandai sungguh Nabila ni kan? Aduhhh kelakar pulak tengok. Sudahlah diajuk kemudian dengan mimik-mimik yang bersungguh-sungguh lagi, membuatkan apa yang diajuk itu kena sahaja dibibirnya. Memang berbakat sangat.
Ini sedikit sedutan daripada video tersebut :
Norlia Ghani : Angah tak pernah menjent1k pun anak angah dari kecik lagi..
Fauziah Nawi : Kau sanggup ye Ngah, sebab anak Kau, kau sanggup kita berp4tah arang…
Fauziah Nawi : Tak pe .. takpe.. kalau harta pusaka ni kau tak urus betul-betul , hidup kau akan sengs4ra..
Jom tonton video penuh di bawah ini.
” Telemovie Raya Syawal untuk semah. “
Rata-rata peminat dan pengikut Nabila Huda terhibur dan mereka mengatakan berulang-ulang kali menonton video tersebut. INi antara komen-komen mereka :
” Berkali2 tgk .. kelaka dia dok ajuk ckp mkngah tu. “
” Lolllllll hoi nasib i tak gelak sampai beranak. “
” U are the best actress… love u smpai ke tua Abel.. xkan pernah bosan dgn lakonan u.. semahh ooo semahh.. aku suke ko semahhh haaa. “
” Ko ni memang kan! semua watak menjadi lah! watak sedih kena tibaii aku kesian ! watak jah4t aku ger4m !! hahhahahahha terbaikkkk boh !!. “
” Berulang kali replay. lawakkkk gilaaaa. “
” Hahahahaa.. dialog dah sedih, skali tgok ko abil, ya ampun terburai gelak. “
” Siot laa dgn aku2 skli terjongket mulut… Ger4m ekkk.. Hahahahaha. “
” Muka takpee takpee tuu tak boleh belah . Mintak kena bal1ng selipar jepun jee . Hahahahaha. “
Tahniah dan terima kasih Nabila Huda kerana menceriakan hari-hari kami.
Kami di Berita Kopak mendoakan Nabila Huda terus sukses dan maju jaya dalam bidang lakonan ini. Sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini, kami juga ingin mengucapkan selamat berpuasa semoga ibadah puasa kali ini memberi seribu hikmah buat semua. Amin.
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Nabila Huda by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..