” Alhamdulillah semua di permudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff.. “
” Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden.. ” – Bella Astillah
Baru-baru ini kecoh apabila gambar penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bersama seorang gadis berusia 17 tahun menjadi viral di media sosial. Pelbagai kec4man demi kec4man diterima oleh Aliff dan wanita berkenaan.
Isteri kepada Aliff Aziz yang juga merupakan seorang penyanyi, Bella Astillah sebelum ini pernah mendedahkan kisah suaminya yang dikatakan keluar ke kelab bersama wanita lain. Wanita yang dimaksudkan adalah pelakon utama atau her0in drama yang dibintangi oleh suaminya itu.
Sebelum itu, kisah suaminya yang kantoi keluar bersama pelakon wanita utama drama lain yang dibintanginya sebelum ini turut tersebar dan menjadi tular di media sosial.
Aliff juga telah pun meminta maaf dan berbaik semula dengan Bella yang pada ketika itu sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka. Malah dia juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka di salah satu rancangan televisyen terbitan Astro.
Rata-rata orang ramai turut mempersoalkan kenapa Bella masih memberi peluang dan harapan kepada suaminya setelah beberapa kali suami kant0i bersama dengan orang lain. Tapi mungkin Bella ada sebab yang tersendiri.
Namun begitu, untuk kali ketiga Aliff kantoi, akhirnya Bella membuat satu keputusan untuk teruskan hidup dengan anaknya Ayden, tanpa Aliff di sisi.
Menerusi akaun Instagram, Bella mengatakan mungkin sampai di sini sahaja jodohnya dengan Alidd. Bella seolah-oleh memberi gambaran akan berpis4h dengan Aliff.
Jom baca perkongsian Bella di bawah ;
” Alhamdulillah semua di permudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff. Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden.. “
” Dan terima kasih yang tak putus2 mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir Allah s.w.t dan Bella redha. Allah s.w.t knows best.. “
Rata-rata ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Bella. Antara komen-komen netizen :
” Itu yang terbaik bella.. stay strong.. and good luck in your future.. “
” Tenangnya wajah mu Bella. Setenang jiwamu jua. Ada hikmah disebalik yang berlaku. Pergilah bercuti nanti utk mulakan hidup baru. love u! “
” Be strong bella… Ad hikmah di sblik stiap kejadian… “‘
” Be strong bella you memang kuat. hope jumpa yg lebih baik dari sebelumnya.. “
” Allahu. Semoga bella kuat dan sentiasa sihat untuk membesarkan ayden.. “
” Be strong sis bella, smoga allah beri kbhgian jauh lbih bhgia dri skrg.. “
” Tak mampu nak cakap apa2 dah..sakit & perut tu hanya Bella yg lalui, Allahu..saya xkuat. macam mana sis bella boleh kuat.. “
” Stay strong girl… ujian Allah yg telah dirancang… mungkin kemudian hari kehidupan bella dan ayden akan lebih teratur dan mungkin akan menemui kebahagian yg diimpikan selama ni.. “
Hati isteri yang mana tidak sedih dengan apa yang berlaku. Tetapi mulianya hati seorang yang bernama Bella Astillah, mudah memaafkan orang yang berbuat salah padanya. Tapi sampai bila harus memaafkan jika peluang itu tidak dihargai.
Apa-apa pun di bulan yang mulia ini, kita doakan yang terbaik untuk Bella dan anaknya, tidak lupa untuk Aliff juga. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikol. Semoga Bella tabah dan kuat dengan ujian ini.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Bella Astillah by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..