” Alamak.. dia tahu pulak credit card.. habislah aku lepas ni.. “

Gelagat Anak Syurga Erma Fatima,Β Citra Pergi Shopping Tarik Perhatian Netizen. Alahai. Wajah Cantik Manis Citra Berhijab, Tarik Perhatian Ramai !!

Nama Citra anak kepada pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima semakin dikenali ramai. Erma sering berkongsi video-video Citra di akaun Instagramnya. Malah Citra juga mempunyai peminat-peminat yang sentiasa menanti update terbaru mengenainya.

Jika anda mengikut Instagram Erma, pastinya anda mengetahui Citra merupakan seorang anak syurga. Walaupun tidak boleh berkomunikasi secara verbal dengan baik, namun begitu cara Citra berbicara masih boleh difahami oleh Erma dan keluarganya.

Citra yang sentiasa tersenyum manis dan mempunyai rupa paras yang cantik seiras pelakon popular Lisa Surihani dan juga personaliti yang menarik. Wajahnya yang ayu membuatkan sesiapa sahaja tidak jemu memandangnya.

Gelagat dan telatah Citra yang bijak dan manja itu menarik perhatian ramai. Malah cara Erma melayan dan berkomunikasi dengan anak syurganya itu juga turut membuatkan ramai kagum dan terharu.

Citra juga sangat suka melakukan kerja-kerja seni seperti menjahit, mewarna dan sebagainya. Sebagai ibu, Erma menyokong aktiviti yang dilakukan oleh anak syurganya itu.

Menerusi akaun Instagram, Erma membawa Citra keluar untuk memberi baju bagi aktiviti seninya. Apa yang menariknya caption dan perbualan Erma bersama Citra, mencuit hati netizen.

” Harini kena bawak dia beli baju utk kerja2 art dia.. selagi tk dpt dia akn tanya bila sy nk keluar.. #anaksyurgaku.. “

” Alamak.. dia tahu pulak credit card.. habislah aku.. “

Citra sangat gembira diberikan hadiah oleh peminat-peminatnya.

” Tq Nuya for making her happy today… exited dia dapat hadiah… semuga Allah memberkati dan merahmati awak @bedroom_stories_by_nuya.. “

Antara komen-komen netizen :

” Suka tgk sb dia xpernah lekang senyum.it makes me rasa nak smile jugak.. “

” Amboii ciitra kecik2 da pndai crediit kad.. habihla mama.. Huhuhu.. “

” Mama tau sbb citra tak boros pun kan citra… jaga anak syurga kak… suka saya tengok.. “

” Haish… sejuk mata memandang la awak ni… X jemu pandang…. “

” Yaa Allah pandainya bila ditanya boros ia jawah dengan senyuman insyaAllah tak… Allah rahmati anak syurga ni.. “‘

” Bagus nye citra nie…. dgn ucapan insya Allah……. clever girl citra nie.. “

” Citra anak yg baik… tak kan dia nak abis kan duit mama dia kan citra… citra ank yg baik kan kan kan.. “

Semoga Allah menjaga dan melindungi Citra walau di mana dia berada. Bertuahnya Erma Fatima dapat anak sebaik dan secantik Citra. Semoga urusan untuk membesar dan mendidik Citra dipermudahkan oleh Allah dan menjadi salah satu sebab untuk masuk ke syurga Allah. Amin.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG Erma Fatima by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..