Pandai Fateh bergurau dengan ayah dia. Comel sangat, 10 kali tengok pun tak bosan.. “
Gelagat Fateh Bergurau Dengan Ayahnya, Adam Corrie Semasa Makan Buat Ramai Terhibur. Alahai Kenapa Comel Sangat Ni !!
Pelakon Corrie atau pemilik nama sebenar Adam Corrie Lee Abdullah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sering membawa watak antagonis dalam filem serta drama lakonannya, tetapi di luar dia sebenarnya seorang yang baik dan ayah yang penyayang.
Corrie sering berkongsi gambar dan video anaknya yang diberi nama Adam Fateh Lee atau lebih mesra dengan panggilan Fateh. Untuk pengetahuan, Corrie dan isterinya Fazeema Fuad mendirikan rumahtangga pada 21 November 2008.
Setelah menanti 10 tahun, alhamdulillah Allah telah kurniakan pasangan ini satu anugerah yang terindah dalam hidup mereka. Fateh dilahirkan pada 11 Julai 2018.
Menurut Corrie sebelum ini, dia dan isteri telah berjumpa 8 doktor pakar s4kit puan. Ini adalah antara salah satu usaha mereka untuk mendapatkan zuriat. Benarlah orang kata, rezeki tidak pernah salah alamat. Yang penting, kena berusaha, berdoa, bertawakal dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Menerusi akaun Instagram, Corrie memuatnaik video sedang memberi Fateh makan. Apa yang menariknya, gelagat Fateh yang bergurau dan main-main semasa disuap makanan membuatkan ramai yang terhibur dengan aksi comelnya itu.
Malah apabila ayahnya menyebut namanya, Fateh gelak dan ketawa comel. Pandai betul Fateh bergurau dan mengambil hati ayahnya. Alahai, kenapalah comel sangat Fateh ni !!
Jom tonton video di bawah :
” Abah dah habis shooting. Balik-balik lepas mandi bagi Fateh makan. Apa yg Fateh @adamfatehlee gelak ni. Makan elok-elok sayang anak oi.. “
” Pandai Fateh ambil hati abah ye.. hilang penat kerja dengar Fateh gelak & senyum.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Fateh yang comel ini. Antara komen-komen netizen :
” Pehal comeyy sgtt nii, repeat dh bpe kalii dh nii.. “
” Amanah dan ciptaan Allah indah je.. lg2 dia ketawa.. “
” Fateh makan main2, pandaii jee gurau ngn ayah diaaa. Comel… 10x tgk pon tak bosann.. “‘
” Comelnye Fateh. hahah Semoga jadi Ahli Hafiz Al-Quran.. Amin.. “
” Comeinya Fateh.. moga jadi anak soleh buat abah dan ibu ameen.. “
” Allah budak ni ger4m je tngok dy gelak.. semoga besar nanti jd anak yg soleh ya.. membesar dgn baik ya fateh.. “
” Main2 pulak eh makan, hihi.. Fateh anak bijak.. “‘
” Ya Allah comeynye.. ngusik abah dia.. besar jadi anak pandai ya sayang fateh.. moga sihat selalu.. bgs abg @adamcorrielee chang hua yi pd fateh bia taw byk bahasa… moga bahagia selalu bersama isteri dan keluarga… aamiinn.. “
Di sini kami di Berita Kopak akan kongsikan lagi dengan anda beberapa video gelagat Fateh yang comel :
” Cak! Buat apa tu? Senyum selalu, Selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang.. “
” Tadi Fateh live di @mhi_tv3 . Nasib baik dia pandai bawa diri depan camera. Hari ni @adamfatehlee genap 7 bln. Macam Tak percaya je . Masa Baru lahir, Fateh kecil je… Berat 2.4kg .. skrg Dah 8kg .. “
” Semoga Fateh jadi Anak yang soleh, taat pada perintah Allah Dan menjadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW. Aamin allahumma aamin.. “
Alahai Fateh, comelnya awak. Admin tak boleh move on lah tengok video-video Fateh. Korang kalau nak tengok banyak lagi video Fateh boleh lah pergi ke Instagram @adamcorrielee atau pun @adamfatehlee.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fateh membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh yang membahagiakan kedua-dua ibu bapa di dunia dan akhirat. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Adam Corrie Lee by Berita Kopak
Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..