” Meena, mentang-mentang kau dah putih, kau kekwat aku yer.. “

Video Dato’ Aliff Syukri Make Up Ameena Tarik Perhatian Ramai. Lihat Hasilnya, Fuyoooo… Cun Melecun Ameena, Macam Artis Bollywood !!

Ramai sedia maklum dan kenal anak angkat kepada usahawan produk kosmetik popular Dato’ Aliff Syukri dan isterinya Datin Shahida yang bernama Ameena ini. Ameena atau nama penuhnya Ameena Aliffsha ini kini berusia satu tahun lebih.

Kehadiran Ameena memeriahkan lagi suasana keluarga Datuk Aliff yang sememangnya sangat menyukai kanak-kanak. Malah pasangan ini melayan Ameena sama dengan anak-anak mereka yang lain walaupun ada mulut-mulut jah4t yang mengatakan mereka membezakan dan membandingkan mereka.

Sikap penyayang Ameena yang sentiasa mencium adiknya, Yusoff Alqardawi dan juga ahli keluarga yang lain sering mencurii perhatian ramai. Kelatah Ameena yang comel dan manja mencuit hati netizen-netizen yang menonton video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.

Akaun Instagram @babyterlajaklaris kini mempunyai sebanyak 405 ribu pengikut yang sentiasa menantikan gambar-gambar, video-video dan update terkini mengenai aktiviti seharian Ameena.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff berkongsi videonya bersama Ameena di rumah. Menerusi video itu Dato’ Aliff memakaikan Ameena dengan losyen terbaru keluaran syarikatnya untuk mencerahkan kulit.

Dato’ Aliff juga cuba memakaikan lipstik di bibir Ameena. Ameena seperti redha sahaja menjadi testimoni ayahnya sendiri.

Hasilnya Ameena kelihatan sangat comel dan manis apabila dimakeup oleh ayahnya. Cun melecun macam artis bollywood. Boleh tonton dalam video di bawah nanti.

Apa yang menariknya, setelah dipakaikan lipstik Ameena tidak mahu mencium pipi Dato’ Aliff kerana takut lipstik di bibirnya hilang. Alahai Ameena, sudahlah comel, bijak pula tu.

Jom sama-sama kita tonton video di bawah :

” Cantik tak minah ?? hahaha kalau nak kulit cerah mcm minah cuba try lotion terbaru.. “

” Minah dah pakai lotion jamsher terbaru dan pakai make up kek wat pula dia…. kiss pun dah x nak takut lipstick tanggal la tu !!! “

” Apapun jgn lupa cuba set make up dan lotion bidara dari @as.legacymalaysia… pakai lotion ni bukan je kulit cantik tapi makin cerah, makin glowing dan makin berseri2… “

Rata-rata netizen memuji kecomelan Ameena dan kasih sayang yang ditunjukan oleh Dato’ Aliff Syukri terhadap anaknya itu. Antara komen-komen netizen :

” Suka bila dato sebut cantiknya anak abah bertuah meena ye.. “

” Nanti habis liptick melekat dekat pipi dato. Tu yg dia taknak cium, comel laa minah.. “

” Cantiknya meena.muka dia manis betul la.. “

” Cumelnye minah redha je apa abah buat.. “

” Hahahaha…meena x nk cium abah ye..nanti lipstik ilang la abah @aliffsyukriterlajaklaris.. “

” Pandai dato’ makeup meena, comel sngt meena.. “

” Minah nt da besar mst ctk orgnya.. Muka ada mix gitu.. Jgn kesah la dato die kulit die gelap ke x.. Hitam2 manis lawa apa… “

” Makin cantik minah… semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang bertambah buat dato @aliffsyukriterlajaklaris dan datin @shahidadherbs Aamin… “

Alahai comelnya Ameena. Untung Dato’ Aliff dan Datin Shahida ada anak seperti Ameena. Sudahlah comel, sangat penyayang orangnya. Kecil-kecil lagi sudah nampak sikapnya yang sangat menyayangi ahli keluarganya itu. Harap-harap berkekalan sampai ke besar.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ameena membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah yang membahagiakan ibu bapa di dunia dan akhirat, taat suruhan Allah dan Rasul. Semoga Ameena sentiasa ceria selalu di samping keluarga yang tersayang.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Ameena Aliffsha by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk C0pyright akan dikenakan..