Hisyam Hamid Kena T0lak Dengan Abang Baju Hitam Sebab Abang Tu Nak Bergambar Berdua Dengan Zahirah Macwilson Sahaja

Aduiiii.. Tak Tahu Nak Gelak Ke Nak Sedih Ni !!

Nama pelakon Hisyam Hamid tidak perlu diperkenalkan lagi. Hisyam berhijrah ke Malaysia dan mula dikenali selepas berlakon dalam beberapa drama televisyen seperti Memori Cinta Suraya, Sayap Jibrail, Ariana Rose dan Gerak Khas.

Selepas ini namanya semakin meningkat naik dan bersinar terutama sekali ketika membintangidrama Abang Bomba I Love You. Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Hisyam terlebih dahulu memulakan kerjayanya sebagai ahli bomba di negara kelahirannya.

Untuk pengetahuan semua, aktor kelahiran dari Singapura ini mempunyai 2 orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pasangannya yang bernama Rosmawati Hanafi. Nama anak sulungnya Nurish Syameliah, 12 tahun dan Hayden, 10 tahun.

Menerusi akaun Instagram Mstar, satu video kejadian yang berlaku di Majlis Pertunjukan Fesyen Starvilion Balik Raya telah dikongsikan. Menerusi video itu, seorang lelaki yang memakai T-shirt berwarna hitam ingin bergambar dengan pelakon cantik, Zahirah Macwilson.

Pada ketika itu Hisyam Hamid ada di sebelahnya juga. Apabila Hisyam merapatkan badannya dengan lelaki itu, tiba-tiba lelaki itu men0lak Hisyam Hamid dengan lembut. Tujuannya adalah untuk mengabadikan gambar kenangan bersama Zahirah sahaja.

Video ini menjadi viral di media sosial. Rata-rata ramai yang terhibur dengan gelagat lelaki ini. Kepada yang masih belum menonton video tersebut, boleh menontonnya di bawah ini :

” Maaf @hisyamhamid7 kena tunggu turn. Kasi can kat abang ni ngan @zahirahmacwilson. Siapa kenal abang baju hitam ni? Cuba tag dia.. ”

Ini pula entri yang dimuatbaik oleh Hisyam Hamid selepas kejadian itu :

” Bersama punca iols viral kat socmed hari ni… Benda lawak buat apa nak serious.. “

Rata-rata ramai yang terhibur dengan video yang dikongsikan, antara komen-komen netizen :

” Pakcik lupa bini sekejap. Tag bini dia plis.. “

” Sorry, pak cik. ZAHIRAH DAH ADA AIMAN. Hahhaa.. “

” Hahahahahhaha kuang jorrrrr.. naseb bukan aiman redza yg dia t0laknyaa.. “

” Satu kekecewaan kan bro HAHAHAHHA.. “

” Tak tahu nak gelak ke sedih hahahahha.. “

” Brother tu ikut pesan org2 tua, tak elok bergambar bertigaa. Hehehe.. “

” Hahaha.. sya x kec4m pakcik tu, tu lumrah org laki. tpi lain kali better ckp leklok dlu.. ‘Syam, abg nk wefie ngn Zahirah tu, syam tgu sat na?’. Hahahaha.. “

” Hahahahahhaha i pun tk thu nak gelak ke nak sedih time tgk vdeo tu.. “

Apa-apa pun anggap ini hiburan ok, janganlah korang duk kec4m abang ini. Hisyam Hamid pun sporting je, kasi chance abang ni bergambar dengan Zahirah lepas kena tolak ke tepi. Hehehe..

Apa-apa pun salute kat Hisyam, tak mudah mengelabah atau pun pan4s hati bila dit0lak sebegitu. Memang terbaiklah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga kerjaya seni Hisyam terus bersinar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mstar, Hisyam Hamid by Berita Kopak

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..