Pinggang Wanita Ini Hanya Bersaiz 18 Inci. Ini Yang Dilakukannya Untuk Mendapatkan Pinggang Ramping Sebegitu Buat Ramai Terkej0t !!
Mempunyai pinggang yang ramping adalah impian ramai wanita di seluruh dunia. Mereka akna melakukan apa sahaja demi mendapatkan bentuk pinggang idaman mereka.
Begitu juga dengan wanita dari San Diego, California, Amerika Syarikat ini, yang bernma Diana Ringo. Untuk mencapai impiannya, Diana memakai korset selama 23 jam sehari!
Seperti dilaporkan dari laman web Independent, Diana menggunakan korset setiap hari sehingga ukuran pinggangnya sekarang hanya bersaiz 18 inci atau 45 sentimeter. Dia hanya menanggalkan korsetnya ketika mandi dan bersenam sahaja.
Diana Ringo bersama dengan anak kembarnya : @adam Gray / Barcroft Images
Sekarang sudah hampir 3 tahun Diana memakai Korset. Dia memakai korset selepas dia melahirkan anak kembarnya yang kini sudah berumur 4 tahun. Selepas melahirkan mereka, Diana telah kehilangan kepercayaan diri apabila melihat bentuk tubuhnya yang semakin berat.
“ Lemak yang semakin meningkat membuatkan saya kelihatan tidak feminin dan saya merasa seolah-olah saya ini memiliki tubuh lelaki,” Kata Diana.
Diana Ringo bersama keluarganya
Wanita 39 tahun itu terus melakukan berbagai diet dan senaman bagi mengembalikan bentuk pinggangnya. Untuk membantu supaya pinggangnya ramping lebih cepat, Diana mengambil keputusan untuk memakai korset.
“ Ketika saya memakai korset, saya merasa sangat s3ksi. Kepercayaan diri saya tinggi dan saya merasa lebih baik,” katanya.
Diana Ringoyang mempunyai pinggang 18 inci. (Foto: Instagram @debati.bg)
Tetapi suami Diana merasa bimbang dengan cara diana yang dirasakan keterlaluan hanya untuk mendapatkan bentuk pinggang idamannya.
“ Saya begitu prihatin dengan kesihatannya. Dan saya memintanya untuk pergi ke dokt0r. Saya sangat gembira apabila dokt0r mengatakan semuanya baik,” Kata Brett Ringo, suami Diana.
Diana sangat menghargai pendapat suaminya tetapi dia tetap percaya dengan cara yang dilakukannya adalah cara yang betul bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping. Dia juga makan dengan teratur seperti orang lain. Dia juga tidak mengalami masalah pernafasan ketika dia memakai korset
“ Korset ini membuatku merasa selesa dan merasa s3ksi. Aku akan terus melakukannya,” . Tambahnya menutup perbualan.
Terima Kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!
Sumber : Kumparan / Diterjemah oleh Berita Kopak