” S4kit penghapus dosa, syafakallah.. “

Fad Bocey Dikejarkan Ke Hospital. Sama-Sama Kita Doakan Fad Supaya Cepat Sembuh !!

Nama pelawak dan pelakon Fad Bocey tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajahnya sering muncul di kaca televisyen rumah anda dan juga di media sosial. Fad Bocey atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam dan isterinya Nur Syahirah Abdul Rahman berkahwin pada 14 Mac 2015 di Jitra, Kedah.

Pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki yang diberi nama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan yang dilahirkan pada 11 Disember 2015.

Mereka  juga turut mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Nur Aminah Mishall yang dilahirkan pada 19 November 2017.

Syahirah kini bertambah ayu dan manis bila sudah mengenakan hijab. Penampilan terbarunya membuatkan ramai yang terpesona. Baru-baru ini Syahirah turut melancarkan produk tudung terbarunya yang dinamakan @aminah Scarves sempena nama anaknya.

Menerusi akaun Instagram, Fad memuatnaik gambar dirinya sedang baring di atas katil sebuah hospital. Namun begitu Fad tidak menyatakan kenapa dia dimasukkan ke hospital.

Perkongsian Fad mendapat perhatian ramai khususnya rakan-rakan artis yang rapat dengannya. Rata-rata mereka mendoakan supaya Fad cepat sembuh dan kembali sihat serta menjalani kehidupan harian seperti biasa.

” S4kit penghapus dosa, syafakallah.. “

View this post on Instagram

Sakit penghapus dosa,syafakallah😔

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Ini pula entri yang dikongsikan oleh isteri Fad, Syahirah di akaun Instagram miliknya :

” Org cakap s4kit penghapus dosa. Dont worry im here. Get well soon suami. Moga yg baik2 utk awk.. “

Rata-rata rakan artis dan netizen mendoakan supaya Fad cepat sembuh. Antara komen-komen mereka :

” Semoga cepat sihat dan dpt bersama isteri dan anak2 kembali.. “

” Fad! GWS bro! Semoga cepat sembuh brader.. “

” Ya Allah abang, kenapa ni ! Get well soon abangku. Stay safe ya.. “

” Allah.. moga cepat baik mcm biasa insyaAllah amiin.. “

” Elok je dgr suara dkt era smlm.. “

” Sama-sama doa kn fad supaya cpt sembuh.. “

” Get well soon my dear brother fad.. “

Mari kita sama-sama mendoakan semoga Fad cepat kembali sihat. Semoga semua urusan Fad dipermudahkan dan dapat kembali menjalani kehidupan seharian bersama isteri dan anak-anak tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fad Bocey by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..