” Terima kasih Yusoff bagi hadiah ini untuk Mama.. “
Video Yusoff Alqardawi Anak Kepada Datin Shahida Memberikannya Hadiah Istimewa Di Hospital, Pandainya Yusoff Menggembirakan Hati Mama!!!
Permata bongsu kepada pengasas produk kosmetik terkenal Dato’ Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida ini turut tersenarai antara si cilik yang popular sepanjang tahun lalu.
Sehingga kini Yusof mempunyai seramai 505 ribu pengikut di Instagram miliknya. Gelagat dan keletah Yusoff Alqardawi yang comel sering mendapat banyak likes dan perkongsian apabila gambarnya dimuat naik di laman sosial sama ada di Facebook mahu pun di Instagram.
Menurut Datin Shahida, Yusoff yang lahir pada 25 Jun 2018 ini sangat mudah untuk dijaga kerana tidak banyak karenah, jarang menangis dan sangat menyenangkan. Tidak hairanlah Yusoff telah memenangi Anugerah Si Cilik MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP ERA 2019 yang telah berlangsung bulan lalu.
Peminat sentiasa menantikan gambar-gambar, video-video dan update terbaru Yusoff yang diberi gelaran ‘budak seketul’ oleh Datin Shahida ini dimuat naik di akaun Instagram.
Terbaru, Datin Shahida telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Menurut datin Shahida, video tersebut dimuat naik adalah untuk berkongsi kegembiraan bersama pengikutnya. Di dalam video tersebut terlihat anaknya Yusoff Alqardawi sedang cuba berdiri dan berjalan.
Umumnya mengetahu Datin ketika ini sedang berada di Hospital kerana masalah keguguran. Datin Shahida berkata, ini adalah hadiah paling istimewa dibulan Ramadhan. Yusoff telah memberikan hadiah ini untuknya di hospital. Yusoff berusia 10 bulan dan sudah pun boleh berjalan.
Pandainya Yusoff menggembirakan hati mama yer !!
Yusoff berdiri dan sudah boleh berjalan beberapa langkah. Alhamdulillah.
Yusoff berjaya berjalan !!!
Jom lihat kegembiraan dan keterujaan Yusoff yang baru sahaja pandai berjalan pada video di bawah :
” Yusoff bg mama hadiah hari ni kat hospital.. hadiah dah pandai jalan… 10 bulan “
Rata-rata pengikut Datin Shahida mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan dan kebijakan anaknya Si cilik Yusoff Alqardawi. Ini komen-komen mereka :
” Alhamdulillah. pandai yusuf bahagiakan hati datin yg bersedih. in shaa Allah ade rezeki yang lain nanti. saya doakan yang baik baik untuk datin sekeluarga. “
” Paling best tngk bdak sebesar nie dh blh brjln… kita yg bsar ni pn rsa excited semacam je. Alhamdulilah budak bijak ni. Geramnye ngan si ketul yusof seronok kan datin tgk perkembangan anak depan mata lekas2 sembuh datin ye. “
” Comel la yusuf ni.. semoga besar nanti jadi anak baik dan soleh. “
” Yusoff budak bijak.. kena pandai jalan .. kan dah nk jadi abg.. taniah datin dan dato.. semoga baby sentiasa baik dan sihat sehingga saat melahirkan. “
” Hadiah paling besar dbuln ramadhan. “
Alhamdulillah.. Tahniah Yusoff sayang..
Kami di Berita Kopak mendoakan Yusoff membesar dengan sihat dan juga dilindungi Allah selalu. Tidak lupa juga kepada Datin Shahida semoga terus kuat dan tabah melalui dugaan serta kembali sembuh hendaknya. Amin.
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Datin Shahida, Yusoff Alqardawi by Berita Kopak.
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..