” Ustaz, kalau imam terkent0t atau s4kit perut dan dia keluar solat, kita kena teruskan solat dan gantikan imam lain kan ? “

Ini Jawapan PU Azman, Memang Win. Tak Pernah Tak Kelakar !!

Kecanggihan teknologi masa kini memberi peluang dan ruang buat ilmuwan agama mendekati masyarakat untuk menyampaikan dakwah menerusi media sosial.

Antaranya adalah Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias yang menggunakan media sosial sebagai medan untuk menyampaikan dakwah.

Setiap soalan yang diajukan biasanya dijawab oleh PU Azman secara spontan sambil menyelitkan elemen lawak yang membuatkan orang di sekelilingnya ketawa bagai seorang pelawak profesional.

Meskipun jawapan yang diberikan kadangkala tidak masuk akal, kasar dan mengundang tawa, tetapi mesej yang hendak disampaikan diterima dengan jelas serta mudah difahami semua golongan.

Jika anda mengikuti laman sosial Instagram milik PU Azman, pastinya anda mengetahui beliau sering menjawab pertanyaan netizen dengan balasan yang mencuit hati. Tetapi penerangan dan penjelasan terhadap soalan yang ditanya akan disertakan di entri status yang dimuatnaik olehnya.

Yang terbaru, PU Azman memuatnaik status yang berbunyi :

” Ustaz, kalau imam terkent0t atau s4kit perut dan dia keluar solat, kita kena teruskan solat dan gantikan imam lain kan ? “

Ini jawapan win daripada PU Azman :

” Jadi kau nak ikut dia ke jamb4n ? “

Alahai Ustaz, tak pernah tak kelakar. Boleh s4kit perut sebab gelak dengan jawapan Ustaz ini.

Entri yang dikongsikan oleh PU Azman ini mendapat perhatian ramai sehingga menerima banyak komen dan tanda suka. Melalui entri di Instagram, PU Azman menjelaskan dan memberi jawapan yang sebenar.

Baca perkongsian beliau di bawah :

” Situasi ini dinamakan istikhlaf iaitu penggantian imam. Imam yang batal menunjukkan isyarat kepada bakal penggantinya.. “

” Sebagaimana yang terjadi dengan kisah Saidina Umar ketika ditikam oelh Abu Lukluk lalu Umar keluar solat dan menarik AbdurRohman bin ‘Auf untuk menggantikannya. Netizen boleh rujuk Sohih Bukhari.. “

” Atau pendapat yang lain mengatakan, kalau imam tidak menunjukkan pengganti, makmum boleh solat sendiri sendiri.. “

” Jika imam batal ketika sujud, terdapat perbezaan pendapat dalam hal ini. Imam boleh memberitahu makmum bahawa dia batal, agar makmum ketahui situasi sebenar.. “

” Atau imam boleh bangun dahulu dan makmum ikut bangun dari sujud lalu imam keluar dan makmum nampak pergerakan imam keluar.. “

View this post on Instagram

Situasi ini dinamakan istikhlaf iaitu penggantian imam. Imam yang batal menunjukkan isyarat kepada bakal penggantinya. Sebagaimana yang terjadi dengan kisah Saidina Umar ketika ditikam oelh Abu Lukluk lalu Umar keluar solat dan menarik AbdurRohman bin 'Auf untuk menggantikannya. Netizen boleh rujuk Sohih Bukhari. Atau pendapat yang lain mengatakan, kalau imam tidak menunjukkan pengganti, makmum boleh solat sendiri sendiri. Jika imam batal ketika sujud, terdapat perbezaan pendapat dalam hal ini. Imam boleh memberitahu makmum bahawa dia batal, agar makmum ketahui situasi sebenar. Atau imam boleh bangun dahulu dan makmum ikut bangun dari sujud lalu imam keluar dan makmum nampak pergerakan imam keluar.

A post shared by CIK MAN (@pu_azman) on

Rata-rata netizen terhibur dengan jawapan dan gurauan PU Azman. Antara komen-komen netizen :

” Adoyai kelako lah.. “

” Ustaz ni mmg pandai melawak lah.. “

” Kelakarlah ustaz.. “

” Hahahahahha patut la ustaz ramai fans… “

” Hahaha.. aku tak bley blah betul kalau @pu_azman buka bunga reply dia.. hahaha.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga PU Azman diberi kesihatan yang baik dan urusan untuk menyampaikan dakwah dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..