” Zaara buat d0pe g1ler. Bila ayah dia buat jadi macam tarian Mr. Bean pulaa.. “
Gelagat Anak Eizlan Yusof Mengajar Ayahnya Berjoget Buat Ramai Terhibur. Wajah Vie Zaara Yang Cantik Manis, Tarik Perhatian Ramai !!
Nama Dato’ Eizlan Yusof atau pemilik nama sebenar Dato’ Sri Idris Md Yusof tidak perlu diperkenalkan lagi. Walau pun pernah popular satu ketika dahulu, tetapi sehingga kini namanya masih segar dalam industri hiburan tanah air.
Ramai sedia maklum Eizlan pernah mendirikan rumah tangga bersama Vie Santie Harun pada 7 Julai 2007. Namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan akhirnya mereka berpis4h pada 28 September 2014.
Hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama. Namun begitu, hubungan mereka masih baik demi anak-anak yang tersayang.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia. Jika anda mengikuti akaun Instagram Eizlan, pasti anda mengetahui yang Eizlan sering memuatnaik video bersama anak-anaknya.
Sebagai anak selebriti, ketiga-tiga anak Eizlan tidak boleh lari dari tempias populariti yang dimiliki oleh ayahnya. Malah wajah cantik dan comel anak-anaknya mewarisi kecantikan ibu dan kekacakan ayah mereka.
Kepetahan anak-anaknya yang bercakap dalam loghat negeri Sabah membuatkan ramai yang tertarik dengan keletah mereka yang comel. Lebih-lebih lagi gelagat si bongsu, Vie Zaalia yang dipanggil Jaya.
Menerusi akaun Instagram, Eizlan berkongsi video anak sulungnya Vie Zaara mengajar satu tarian di salah sebuah kedai di One Utama. Apa yang menariknya cara Eizlan meniru anaknya berjoget itu sangat kelakar dan mencuit hati.
Baca perkongsian Eizlan di bawah :
” Layan birthday girl #VieZaara berjoget sambil shopping #SportingDaddy #ProudDaddy #SyukurToALLAH #FeelingBlessed.. “
Rata-rata peminat terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Eizlan. Antara komen-komen peminat :
” Hahahah dia tak tau daddy dulu terror bab2 goyang badan ni.. “
” Zaara buat d0pe g1ler. Bila ayah dia buat jd mcm tarian mr. bean pulaa.. “
” Lawak pulak tgok 2nd time.. “
” Adaka dadi dia mcm menari sumazau saja.. “
” Haha cute sangat2 daddy dia kena joget.. “
” Xjadila dato @eizlanyusof. Huhuhu. Bday girl buat je jadik.. “
” Hahahaha. Kemon abg ngah kena laju joget mcm tu.. “
” Boleh la masuk kelas zumba lps ni.. ”
Jom tonton video di bawah :
Alahai comel je gelagat dua anak beranak ni kan. Di sini kami di Berita Kopak kongsikan dengan anda beberapa gambar anak-anak Eizlan yang cantik dan comel :
Bagi suami dan isteri yang sudah berpis4h, masa yang ada bersama-sama anak adalah sangat-sangat berharga. Luangkan sebaik mungkin supaya anak-anak tidak rasa kehilangan salah seorang daripada ibu bapa mereka.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga semua anak-anak Eizlan membesar dengan sihat dan bijak, serta menjadi anak yang soleh dan solehah yang membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Eizlan Yusof, Wikipedia by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, adalah dilarang sama sekali..