Banyak Rumah Yang Ada Bilik Kosong Sebab Anak-Anak Jarang Balik, Tinggal Atau Belajar Jauh.
Ini Nasihat Ustaz Supaya Baca dan Amalkan Perkara Ini. Jangan Abaikan !!
Zaman sekarang banyak rumah yang dibina mengandungi banyak bilik untuk anak-anak. Dan selalunya bilik-bilik itu akan kosong mungkin kerana anak sudah berkahwin dan mencari rezeki di tempat lain, ataupun kerana anak-anak menetap di asrama tempat pengajian mereka.
Kadang-kadang ibu bapa hanya akan tinggal berdua atau berseorangan apabila pasangan mereka sudah tiada. Walaupun sudah diajak atau dipelawa oleh anak-anak untuk tinggal bersama mereka, namun mereka lebih selesa dan bebas tinggal di rumah sendiri.
Disebabkan hal ini, banyak bilik yang dibuat untuk anak-anak jarang digunakan dan hanya dihuni ketika anak-anak pulang bercuti atau pun pada musim perayaan.
Dipetik dari page Viral Media Johor, di nasihatkan bilik yang ditinggalkan selalulah solat sunat di dalamnya dan baca surah Jin ayat 10, atau tampalkan di dinding bilik, itu perjanjian jin dengan Rasulullah.
Makhluk halus ini juga suka kepada emas, sebab itu jangan simpan emas kata ustaz, tetapi seeloknya dipakai. Emas sebenarnya menyokong tenaga terutama bagi wanita ketika uzur dan ia mampu merawat sistem badan.
Wuduk juga merawat sistem badan. Dar4h kita tidak sampai hujung anggota seperti jari, sebab itu kadang-kadang berasa kebas. Bila kita basuh tangan dengan menyelati celah-celah jari, darah dapat dialirkan hingga ke hujung jari tersebut.
Sebelum keluar rumah, ustaz bagi tips baca Bismillah 7 kali, al-Fatihah dan Ayat Kursi. Jika bacaan tersangkut-sangkut, jangan keluar rumah lagi. Bila balik, bagi salam dengan betul dan salin kesemua pakaian yang dipakai, jangan diulang pakai sebelum dibasuh. Ustaz juga kata, sebaiknya sediakan pakaian khas untuk solat.
Bila kita ada masalah, ustaz kata ambil Quran dan doa minta petunjuk dari Allah, lalu bukalah al-Quran. InsyaaAllah Dia akan tunjuk penyelesaian kepada masalah tersebut.
Ustaz ada sebut di awal rancangan tentang doa Rihul Ahmar sebagai pelindung dari pelbagai penyakit berat.
Kesimpulannya, ustaz kata baca surah al-Baqarah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Boleh diswastakan kepada pelajar-pelajar tahfiz tetapi sebaiknya dibaca sendiri, kalau tak reti, pi la belajaq, kata ustaz.
Begitulah antara amalan yang baik untuk di amalkan dan semoga ianya bermanfaat untuk kita. Dan semoga segala amalan kita itu diterima dan menjadi pelindung untuk kita dari segala yang tidak kita sangka. Percayalah, segala yang baik dan buruk itu datang darinya sebagai ujian untuk kita.
Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!
Artikel disediakan oleh Berita Kopak
Sumber : Viral Media Johor