” Allah, datin even kaya berduit semua benda ada, tapi datin masih kuat dalam agama.. “

Netizen Kagum Datin Shahida Bawa Anak-Anak Solat Subuh Berjemaah Di Masjid. Sementara Nak Tunggu Ibu Bersiap, Sempat Lagi Tidur Depan Pintu & Bawah Tangga. Alahai Comel Betul !!

Nama usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata rakyat Malaysia mengenali beliau yang selalu muncul di kaca TV dan juga sangat aktif di laman sosial.

Walaupun menerima banyak kec4man dan kritikan daripada orang ramai sebelum ini, namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat Dato’ Aliff untuk meneruskan perniagaannya yang kini sudah semakin berkembang.

Hasil perkahwinannya dengan isterinya Datin Shahida, pasangan ini mempunyai 4 orang anak yang bernama Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusof Alqardawi. Mereka juga turut mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Ameena Aliffsha.

Namun begitu, walaupun sudah berjaya di puncak, pasangan ini tetap menerapkan nilai-nilai keagamaan mendidik anak-anak mereka yang masih kecil.

Contohnya, anak perempuan mereka yang bernama Qadejah sudah diajar menutup aurat bila berhadapan dengan bukan mahram dan juga di hadapan camera.

Menerusi akaun Instagram, Datin Shahida berkongsi video gelagat anak-anaknya sementara menunggu dirinya bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat Subuh berjemaah.

Ada yang tidur depan pintu..

Ada yang tidur bawah tangga..

Menurut Datin sebelum ini, hampir setiap hari dia akan ke masjid untuk berjemaah di sana. Malah Yusoff Al-Qardawi juga pernah dibawa bersama.

Video yang dikongsikan oleh Datin ini mendapat perhatian ramai netizen yang kagum dengan caranya mendidik anak. Jarang orang kita yang akan bawa semua anak ke masjid, lagi-lagi untuk solat Subuh.

Jangan kata anak-anak, kita sendiri pun belum tentu boleh bangun seawal itu dan bersiap untuk ke Masjid pada waktu pagi. Memang salute !!

Jom tonton video di bawah :

” Dilema mak2 di pagi hari2…. sementara tunggu mak dia siap nak ke masjid… . sorang sambung tidur kat tepi pintu.. lagi 2 bawah tangga..

Rata-rata netizen kagum dengan cara didikan Datin Shahida terhadap anak-anaknya. Antara komen-komen netizen :

” Bagusnya datin train anak2 solat di masjid.. “

” Terbaik Datin.. Dr kecik Datin da penuhi hati dn jiwa ank2 dgn amal ibadat… Smga brbhgia hingga ke Jannah kluarga Datin ni.. “

” Alhamdulillah contoh orang berjaya ni, solat subuh di masjid berjemaah.. “

” Nikmat Allah yg mana kau dustakan lagi, Allah, datin even kaya berduit semua benda ada, tp datin masih kuat dlm agama, semoga sy dpt didik ank sy mcm ni jugak. sy nak berjaya dunia akhirat mcm datin.. “

” Baik sgt mereka nak ikut pergi masjid.. kebayakn budak2 lain se usia ni mesti nangis kalo di ajak juga2… semoga terus membesar dgn baik di dunia dan Akhirat ya.. “

” Satu benda yg sukar org nya lentur pd anak anak … lg2 solat subuh yg paling banyak maghrib… “

Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga semua anak Dato’ Aliff dan Datin Shahida menjadi anak yang soleh dan solehah yang akan berjaya di dunia dan akhirat.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi sumber inspirasi ibu bapa di luar sana. InshaAllah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida bby Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, adalah dilarang sama sekali..