” Bila ko tahu anak tengah berdrama, kami jadi penonton tiket paling mahal… “
Yana Samsudin Kongsi Tips Berguna Apabila Anak Mengalami T4ntrum
Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak dalam lingkungan 2 ke 3 tahun pasti pernah mengalami masalah anak t4ntrum.
T4ntrum adalah cara anak anda meluahkan perasaannya apabila dia merasakan dirinya hilang kawalan. Apa yang ditunjukkan oleh anak anda pada masa dia t4ntrum jelas menunjukkan apa yang dirasakan seperti keliru dan bercampur-aduk.
Menerusi akaun Instagram, Pelakon Yana Samsudin berkongsi pengalaman berdepan dengan anaknya, Aisy Mateen yang mengalami t4ntrum.
Menurut Yana, Aisy Mateen mula t4ntrum dengan menguling-gulingkan badannya ketika berusia 1 tahun setengah. Aisy Mateen bergul1ng-gul1ng di atas karpet semasa di ekspo jualan di Singapura.
Baca perkongsian Yana di bawah :
” Bila ko tahu anak tengah berdrama… Kami jadi penonton tiket paling mahal… Kihkih… “
” Ok lah, @aisymateen start t@ntrum guling guling badan masa bulan puasa tahun lepas lagi masa umurnya 1 tahun setengah.. sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki.. “
” 1st time masa tu kat expo Singapore. Dia guling guling sambil nangis.. nasib hall expo tu carpet.. masa 1st time dia jadi macam tu saya cepat cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu terus suruh daddy dia bawa dia dari situ.. huhuhu.. “
” Ya, tipsnya bila anak t4ntrum.. “
” 1st : Jangan panik , enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai… paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia t4ntrum.. “
” 2nd : Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah.. “
” Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak… mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu.. “
” 3rd : Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Peluk dengan penuh kasih sayang. Dan pandai cungkil perbualan dengan dia.. “
” Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya.. “
” 4rd : Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang dia buat tak betul kerana…. “
” 5th : Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melal4k.. lant4k lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih… “
” Ok lah anak kalian t4ntrum start umur berapa ? #tipsbolehgunapakai #MateenDanMommy #yanalifehack.. “
Rata-rata netizen bersetuju dengan tips yang diberikan oleh Yana. Antara komen-komen netizen :
” Setakat ni belum lagi .kne ready nii. thnks kak tips @yanasamsudin.. “
” @yanasamsudin btw i also using the same tips mcm u jugak kak.. “
” Tq.. Ayat yang sgt positif dan membantu kak @yanasamsudin.. “
” Bole brsedia drpd skrang. trime kseh prkngsian yg sgt2 bguna.. “
” Yg ptg mama jgn ikut t4ntrum skli.. Relaxx.. Org skliling yg stres xpe siap bg tips bgai hahhaha.. “
” Betul yana. Dia punya aktif boleh pening kepala kami dibuatnya to enjoi. Bak kata yana diaorg ni mmg cerdik sgt.. “
” Rasanya setahun ke 3 tahun tu normal sgt kalau jd mcm ni. Dia nak communicate tp kita x paham apa yg dia nak. Jd dia frust… InshaaAllah 4 tahun ke 5 tahun mula reda… “
Terima kasih Yana kerana sudi berkongsi tips yang sangat berguna ini. Semoga memberi manfaat kepada semua ibu bapa di luar sana.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Yana Samsudin by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..