” Bila anak kita lebih terhibur dengan bibik daripada mak dia, salah siapa ? – Datin Shahida
Anak bongsu kepada pengasas produk kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida ini turut tersenarai antara si cilik yang popular sepanjang 2018. Sehingga kini Yusof mempunyai seramai 370 ribu pengikut di Instagram.
Wajahnya Yusoff Alqardawi yang comel sering mendapat banyak likes dan perkongsian apabila gambarnya dimuatnaik di media sosial. Menurut Datin Shahida, Yusoff yang lahir pada 25 Jun 2018 ini sangat mudah untuk dijaga kerana tidak banyak karenah dan sangat menyenangkan.
Melalui entri di Instagram, Datin Shahida memuatnaik video Yusoff yang sedang baring di atas tilam.
Apa yang menariknya, apabila diagah oleh pembantu rumah atau dipanggil Bibik, Yusoff memberi respon yang sangat positif.
Yusoff ketawa dan terhibur seolah-oleh Bibik sedang membuat pertunjukkan lawak. Setiap ayat yang dicakapkan oleh Bibik, diiringi dengan gelak ketawa oleh Yusoff.
Namun apabila Datin Shahida sendiri yang bercakap dengan Yusoff, Yusoff kelihatan tenang sahaja sambil matanya memandang kembali ke arah Bibik. Alahai Yusoff, comel betul ketawa macam itu.
Video ini mendapat perhatian ramai sehingga memperolehi banyak komen yang memuji kecomelan Yusoff dan mendapat banyak likes.
Jom tonton video penuh di bawah :
” Bila anak kita lebih terhibur dengan bibik dari mak dia.. salah siapa ? @yusoffalqardawi.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat comel Yusoff. Antara komen-komen netizen :
” Comelnya yusoff… yusoff terhibur x salah siapa, cumanya bibik lebih lama bersama dgn yusof.. so datin perlu bykkan masa terluang bersama yusoff… “
” Sebab yusof tgok muka maid ada lawak sikit tu dia suka datin.. “
” Pandang je bibik terus gelak pandang mama dia stop gelak hahaha mama kna buat lawak lebih kelakar lgi ni huhu.. “
” Takpe Datin, yg penting bibik sayang anak datin and jaga dengan baik. Bukan senang nak carik bibik yg baik zaman sekarang.. “
” Dgn mama dia tenang sbb suara mama lembut.. Tp dgn bibik dia gelak sbb suara bibik lucu.. “
” Alalalalalala Yusof. Subhanallah. Manisnya budaknya. Bergurau senda dengan bibik ya.. “
Alahai Yusoff, tak pernah tak comel kan ? Jangan risau Datin, yang penting Yusoff selesa dan dijaga dengan baik oleh bibik.
Kami di Berita Kopak mendoakan agar Yusoff membesar dengan sihat dan bijak, semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu dan bapa di dunia serta akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..