” Aduiii.. Tak boleh move on laa asyik ulang-ulang tengok video ni. Ustaz memang buat hal la.. “

PU Azman Kongsi Video Adegan Tak Jadi Dalam Drama Lelaki Kiriman Tuhan, Buat Ramai Terhibur !!

Drama Lakonan berjudul Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira filzah ini mendapat tempat di hati peminat drama tempatan sejak episod pertama ianya ditayangkan di saluran Astro Oasis dan Maya HD 135.

Drama arahan Pengarah terkenal, Rashid Sibir dan terbitan Zeel Production tersebut yang mengandingkan dua pelakon itu cukup dinantikan oleh peminat-peminat drama tempatan pada setiap minggu.

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias juga turut terlibat dalam drama bersiri ini. Beliau seronok kerana watak ‘Cik Muiz’ bukanlah watak klise seorang ustaz yang pernah dibawanya dalam drama-drama sebelum ini.

Meraikan kepelbagaian cara dalam berdakwah, PU Azman menganggap penglibatannya dalam drama arahan Rashid Sibir itu sebagai satu bentuk dakwah yang indirect.

Menerusi akaun Instagram, PU Azman berkongsi video antara adegan tidak jadi dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan.

Remy Ishak tidak dapat menahan gelak semasa berdialog dengan PU Azman.

Antara babak tidak jadi Mira Filzah..

Alahai Mira Filzah, comel je..

Perkongsian ini membuatkan ramai yang terhibur.

Jom tonton video penuh di bawah :

” LELAKI KIRIMAN TUHAN. Setiap Isnin. 9 malam. Astro Oasis.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan video ini. Antara komen-komen netizen :

” Aduhh xblh move on laa asyik ulang2 tgok video ni.. “

” Ceria hidup saya tgk kelaku ustazzz ha ha ha , stress remy ishak tuh haaaa.. “

” Tgk ustaz ketawa sy pun ikut ketawa.. pdhal xtau apa pun.. “

” TQ…. Terhibur akak ko petang2 ni duhai PU oiiii.. “

” Made My Day Siaaa… Lagi2 Mira Filzahh.. “

” Ustaz wat hal la.. “

Alahai Ustaz, tak pernah tak kelakar kan. Kami di Berita Kopak mendoakan Ustaz diberi kesihatan yang baik agar dipermudahkan urusan dakwah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak