Ayahnya Keluar Rumah Dan Bertanyakan Kereta Mewah Yang Ada Di Depan Rumah Ini Milik Siapa. Jawapan Anaknya Buat Si Ayah Duduk Terharu!

SEBAGAI anak yang mengenang jasa bapa, kita tentunya ingin memberikan sesuatu yang bermakna untuk bapa sesuai dengan kemampuan kita. Sejauh mana penghargaan anak-anak kepada bapa hanyalah anak-anaknya sahaja yang mengetahui.

Lelaki ini mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada bapanya sesuatu yang bapanya tidak pernah impikan untuk mendapatkannya. Sebuah kereta Mercedes Benz!. Lelaki yang namanya Zaid menerangkan di dalam rakaman video bahawa dia terlalu impikan satu hari nanti bapanya bapanya memandu Mercedes Benz.

Selepas berjaya membuat simpanan, Zaid kemudian ingin memberi kejutan untuk bapanya dengan memberi sebuah kereta Mercedes Benz yang baru!

Selepas membeli kereta itu dan memandu pulang ke rumah, Zaid meminta ayahnya melangkah keluar untuk memberikan kejutan kepada bapanya. Selepas ayahnya melihat kereta di halaman depan, bapanya bertanya mengenai kereta tersebut dan Zaid menjawab: ” Itu Kereta Ayah.”

Terkejut, bapa bertanya Zaid lagi: “Bagaimana itu boleh menjadi kereta Ayah?” Dan Zaid menjawab bahawa dia membeli kereta itu untuknya.

Sekali lagi, bapa tidak percaya bahawa Mercedes Benz itu dan mengatakan anaknya berbohong. Dia tidak percaya seseorang membelikan kereta untuk di jadikan hadiah. Selepas anaknya menerangkan, ayahnya dengan tenang mengambil kunci kereta dan masuk ke kerusi pemandu

Walau bagaimanapun, bapanya kemudian keluar dari kereta, berjalan dengan perlahan dan tiba-tiba menitiskan air mata! Sudah tentu masa yang emosional untuk melihat salah satu impiannya menjadi realiti lebih-lebih lagi di realisasikan oleh anaknya!

Atas usaha anak yang mengenang jasa bapanya, bapanya kini boleh memandu Mercedes Benz, kereta impiannya!

Tonton VIDEO reaksi yang menyentuh hati bapa di sini

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Terjemahan oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : YOUTUBE

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..