Lelaki ini sudah mempunyai 5 orang anak perempuan.

Lihat reaksinya apabila isterinya melahirkan anak lelaki pertama mereka, buat ramai yang sebak !!

Bapa ini tidak dapat mengawal emosi apabila dia akhirnya memperolehi seorang anak lelaki yang pertama setelah dianugerahi dengan lima anak perempuan yang comel dan cantik.

Kennedy Zarour, yang berasal dari Waldwick, New Jersey, mempunyai lima anak perempuan melalui dua perkahwinannya. Akhirnya setelah beberapa tahun, Kennedy berjaya memperolehi seorang anak lelaki menerusi perkahwinan keduanya.

Kennedy tidak dapat menahan rasa sebak dan dalam masa yang sama impiannya untuk memiliki seorang anak lelaki akhirnya tercapai. Kennedy menangis kegembiraan setelah isterinya selamat melahirkan bayi comel itu.


Kredit : Facebook Natalie Kennedy Zarour

Ariana dan Colette, berusia 20 tahun, adalah anak perempuan dari perkahwinan pertamanya, manakala Mia, Jolie, dan Giselle, berusia 5, 3 dan 2, adalah anak perempuan yang dimiliki dengan isterinya sekarang, Natalie.

Kredit : Facebook Natalie Kennedy Zarour

Walaupun menjadi ayah yang penyayang kepada anak-anak perempuannya yang cantik dan comel, Kennedy juga ingin mempunyai seorang anak lelaki.


Kredit : Facebook Natalie Kennedy Zarour

keadaan Kennedy ketiak Natalie dimasukkan ke bilik pembed4han untuk bersalin.


Kredit : Facebook Natalie Kennedy Zarour

Isterinya bercadang untuk merakam reaksi suaminya. Dan apabila mereka memberitahu berita gembira itu kepadanya, Kennedy melompat dengan kegembiraan, sehingga doktor juga perlu memberitahunya untuk menenangkan dirinya dan duduk di atas kerusi. Akhirnya Natalie telah melahirkan bayi lelaki.

” Kami tidak tahu apa jantina bayi tersebut, jadi saya fikir saya akan merakam sekiranya dia seorang lelaki kerana saya tidak mahu terlepas reaksi suami saya, ” kata Natalie, seperti dipetik dari MailOnline


Kredit : Facebook Natalie Kennedy Zarour

” Saya tidak percaya dan sangat teruja. Saya tidak tahu apa yang saya lakukan. Saya hanya berlari di tempat seperti orang g1la, ” kata Kennedy kepada berita TODAY.

Bayi itu diberi nama Gerard. Gerard dilahirkan enam hari lebih awal.

Melihat kegembiraan Kennedy ketika mempunyai seorang bayi lelaki, beberapa orang netizen meningg4lkan beberapa komen yang berb4ur negat1f.

Tetapi seorang netizen memberi respon kepada mereka dan menulis :

“Ada apa dengan pengh1naan ini ? Sepupu saya mempunyai tujuh anak laki-laki, dan apa yang dia inginkan adalah seorang anak perempuan..  “

” Sudah tentu dia suka anak lelaki. Lelaki ini teruja mungkin kerana mempunyai lima anak perempuan berturut-turut ? Sudah tentu dia akan teruja untuk mempunyai seorang anak lelaki.. “

” Kebanyakan orang suka mempunyai anak lelaki dan perempuan. Ini tidak menjadikan anak-anak lain kurang dikasihi. “

Tahniah kepada keluarga ini. Kami pasti rumah mereka akan menjadi sangat meriah dan ceria, terutama sekali dengan kelahiran bayi lelaki baru yang comel ini.

Tonton video penuh di bawah :

Apa pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Disediakan dan diterjemah oleh Berita Kopak

Sumber : Facebook Natalie Kennedy Zarour YOUTUBE / Engoodtimes