” Aku kena paks4 berkahwin. Walaupun kami bersama cuma sekali, aku tidak sangka yang aku akan hamil anak kembar dari benih suamiku.. “
” Aku kena paks4 berkahwin dengan suamiku. Aku rancang untuk meminta cer4i selepas kahwin. Aku masih belum bersedia menunaikan tanggungjawabku sebagai isteri. Lama kelamaan dia menuntut haknya sebagai suami. Aku terpaksa merelakan. Walaupun kami bersama cuma sekali, aku tidak menyangka yang aku akan hamil anak kembar daripada benih suamiku.. Apa yang perlu aku lakukan ? “
Hi dan Assalamualaikum admin IIUMC. Jika luahanku ini dipostkan alhamdulillah dan jika sekiranya ia tidak dipostkan pun alhamdulillah juga. Sekurang-kurangnya aku ada tempat untuk bercerita.
Aku adalah seorang isteri, berusia 31 tahun dan berkahwin 14 july tahun lepas atas dasar paks4an keluarga. Sekarang aku mempunyai dua orang putera kembar yang ku lahirkan june yang lalu secara pembed4han.
Sebelum aku lanjutkan cerita, aku perkenalkan suamiku dengan nama Man. Dia merupakan bekas teman lelaki semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Kami bercinta selama 7 tahun (2002-2009) dan mengakhiri hubungan atas sebab tiadanya kesefahaman.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Selepas kami mengakhiri hubungan, aku tidak lagi mendengar apa-apa berita tentangnya. Kami membawa haluan hidup masing-masing. Aku sangkakan kami tidak akan berjodoh kerana semenjak kami putus, dia tidak lagi pernah menghubungiku.
Tahun demi tahun berlalu aku jalani hidup sendiri dan pada 2015, aku menerima miscall dan kiriman whatsapp dari nombor yang aku tidak kenali. Memandangkan aku takut ada kepentingan, aku pun tanya siapa gerangan orang yang teks dan miscall aku.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Rupa-rupanya dia adalah bekas pakwe aku yang telah meningg4lkan aku 6 tahun lalu dan kini, dia muncul kembali. Aku tidak tahu dari mana dia dapat nombor hp kerana setahu aku aku telah tukar nombor dan tak pernah beri sesiapa pun nombor aku.
Tahu yang dia yang whatsapp, aku pun tak reply msg dia. Tetapi Man bukanlah jenis orang yang berput0s asa, walaupun aku buat tak tau msg dan tak jawab panggilannya namun dia tetap berusaha.
Sehinggalah hujung 2015, tiba-tiba dia senyap. Tiada lagi whatsapp, tiada lagi panggilan yang aku terima darinya. Aku sangka dia telah jemu dan menyerah. Aku bersyukur kerana tidak lagi diganggu.
Namun sangkaanku salah. Rupa-rupanya Man mempunyai rancangan lain untuk mendapatkanku. Semua rancangan Man ini aku tahu selepas kami diijabkabulkan dari kakak aku yang cukup rapat denganku.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Kronologinya ialah, suatu hari mak ayah aku terjumpa dengan Man di sebuah pasaraya. Memandangkan Man merupakan bekas teman lelaki yang cukup ok dengan mak ayah aku, mereka pun bertukar-tukar nombor telefon dan disitulah mereka bersekongk0l untuk rancangan menyatukan kami berdua.
Tanpa pengetahuanku, Man menyatakan hasrat untuk kembali dan seterusnya melamar aku pada kedua ibubapa dan mak ayah tentu sahaja menerima lamaran Man apa lagi dia dianggap baik oleh kedua orang tuaku.
Justeru itu aku kehairanan, bila sahaja aku duduk lepak bersama mak ayah, mereka asyik memuji-muji bekas teman lelaki aku dan berkias-kias denganku. Aku buat tak reti kerana aku anggapnya sebagai gurauan sahaja.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Hari demi hari nama Man makin menjadi-jadi disebut oleh mereka berdua. Aku jadi cuak dan marah namun mereka tetap sahaja memuji dan menyuruh aku kembali pada Man. Aku bingung, kenapa mereka semakin egresef hari demi hari bercerita pasal Man?
Dipendekkan cerita pada april tanpa sepengetahuanku, keluarga Man datang ke rumah untuk merisik seterusnya melamar. Ketika tu aku tiada di rumah kerana keluar bersama adik beradik aku..
(Gambar Sekadar Hiasan)
Apakah ini rancangan mereka ? aku tidak tahu. Aku terkilan kerana lamaran diterima tanpa mendapat persetujuanku terlebih dahulu. Sungguh aku terkilan kerana mereka semua membelakangi aku.
Beberapa minggu selepas itu aku dipaks4 bertunang dengan Man, aku cuba men0lak tetapi mak aku merayu dan menangis mendes4k aku menerima sahaja pinangan Man. Katanya, inilah bakal suami yang tepat untukku.
Ya Allah, aku nak t0lak tapi tak sampai hati nak luk4kan hati mak aku yang berharap aku segera mengakhiri zaman bujang. Akhirnya dengan terpaksa aku menerima pinangan Man dan kami bertunang tetapi kami tidak pernah berkomunikasi di mana-mana media sosial, berjumpapun aku enggan kerana terlalu mar4h atas apa yang berlaku.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Akhirnya aku bersetuju tetapi aku memberi syarat pada mak ayah. Kami hanya melangsungkan majlis serba sederhana dan tiada rakan-rakan aku yang akan dijemput di majlis nikah kami.
Bukan aku tidak mahu menjemput dan menghebahkan pada kawan-kawan tetapi pernikahan aku adalah pernikahan paks4 dan tidak membahagiakan aku. Biarlah aku dan keluarga terdekat sahaja yang tahu.
Julai 2017, aku dinikahkan tanpa aku redha. Jadilah kami suami isteri tetapi aku tidak boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri Man.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Aku belum bersedia menyerahkan diri pada Man yang kini sah menjadi suami aku. Pada mulanya Man bersabar tapi lama kelamaan dia mula menuntut hak sebagai seorang suami. Kami hanya bersama sekitar bulan 9. Aku menunaikan tanggungjawab secara terpaks4.
Selepas dari itu aku harap sangatlah yang Man tidak lagi menuntut apa-apa denganku. Aku juga berniat untuk bercer4i, tetapi…. aku tak tahu bagaimana cara untuk aku minta dicer4ikan. Lagipun mak ayah pasti tidak setuju dan akan mar4h jika hasrat ini aku beritahukan pada mereka.
Aku akui, sepanjang berkahwin dia banyak bersabar denganku dan terus memujuk agar aku menerimanya sebagai suami. Walaupun kami bersama cuma sekali, aku tidak menyangka yang aku akan mengandung benih Man suamiku.
Aku mulanya tidak sedar dan fikir, alahan dan hilang selera makan hanyalah disebabkan aku dem4m dan tidak sihat. Namun aku mengalami alahan ter0k, munt4h-munt4h dan akan pen1ng bila terhidu bau masakan. Akhirnya aku ambil keputusan pergi klinik. Dalam hati aku tak hentinya berkata “ya Allah, apa lagi ujian yang melanda aku?”
(Gambar Sekadar Hiasan)
Apabila doktor scan, aku disahkan mengandung 2 bulan. Tentu sahaja Man paling gembira kerana bakal mendapat zuriat. Aku? ya, aku cukup mar4h pada Man kerana rasanya aku belum bersedia lagi untuk mengandung.
Tetapi kemar4hanku tidak lama pabila aku dipujuk kakak aku agar menerima anak itu. Sebagai seorang bakal ibu, hari demi hari aku merasa semakin menyayangi anak yang ada dalam kandungan aku.
Hasrat untuk aku bercer4i dengan Man mungkin terbatal dek kerana adanya anak ini. Aku tak mahu anak aku kehilangan kasih sayang seorang ayah. Aku ambil keputusan akan bertahan dengan perkahwinanku walaupun aku terpaksa k0rbankan perasaan.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Aku tak sangka aku akan melahirkan bayi kembar. Cuma aku perasan, pada usia kandungan 4 bulan ia membesar bagaikan mengandung 6 bulan. Aku checkup di klin1k dan pada mulanya dokt0r tak dapat sahkan apa-apa. Perkara ini hanya aku tahu bila kandunganku berusia 5 ke 6 bulan.
Ya Allah, aku sedang mengandung bayi kembar rupanya. Dan pada 13 jun tahun ini aku selamat melahirkan dua bayi lelaki. Walaupun secara pembed4han, aku terima asalkan kedua bayi aku selamat dilahirkan. Sepanjang proses kelahirannya suami aku Man setia menemani terkecuali di bilik bedah.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Sekarang, usia kedua baby aku sudah pun 3 bulan. Oh ya, aku lupa nak bagitau mengenai man, dia bekerja di kapal yang memerlukan dia berada di atas kapal berbulan lamanya. Sekarang aku uruskan bayi kembar ini bersendirian tanpa suami.
Walaupun ada keluarga yang memberi bantuan dan menyokong, tetapi ia tidak sama jika adanya suami di sisi. Alhamdulillah sebelum aku melahirkan, Man rela mengambil cuti walaupun dia sebenarnya tidak dibolehkan bercuti. Hanya dua minggu setelah baby kami lahir, dia kembali bertugas.
Sampai sekarang, aku bertahan dalam perkahwinan ini hanya kerana anak, aku berharap, suatu hari hati ini akan terbuka untuk menerima Man yang kini telah pun menjadi suami dan ayah kepada kedua putera aku.
Jika ada pendapat dan tips untuk aku boleh mencintai suami, aku hargai dan banyak-banyak berterima kasih. Sekian cerita aku. Mohon maaf jika panjang. Isteri Dilema, PuTeree.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Apa pendapat anda ?
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..
Sumber : IIUMC / Di kemaskini oleh Berita Kopak