“Jika Satu Masa Ibuku Tiada, Aku Tidak Dapat Menjaga Ibuku Lagi. Panjangkanlah Umur Ibuku…”

“Jika Satu Masa Ibuku Tiada, Aku Tidak Dapat Menjaga Ibuku Lagi. Panjangkanlah Umur Ibuku…”

Seorang pengguna Facebook memuatnaiki sebuah video yang mengharukan ramai orang yang menontonnya. Di dalam video tersebut, dia menunjukkan ibunya yang sudah tua dan uzur. Dia menjaga ibunya dengan menyuapkanya makanan dan menyanyi buat menghiburkan hati ibunya.

Walaupun dia bekerja, dia tetap menjaga ibunya dengan penuh ikhlas dan bersemangat. Dia selalu mengurus dan menjaga ibunya yang sudah tidak mampu lagi untuk menjaga dirinya sendiri yang terlalu uzur.

Lelaki tersebut merakam video kegiatan biasanya yang menjaga ibunya itu. Videonya menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Beberapa orang mengatakan yang jika dia ikhlas menjaga ibunya, dia tidak akan merakamnya dan menunjukkankepada khalayak.

Tetapi ramai yang berfikiran positif dengan mengatakan yang video tersebut menjadi inspirasi bagi mereka yang selalu terlupakan ibu mereka.

Dia menyanyi untuk ibunya kerana ibunya sangat menyukai muzik tradisional. Baginya menyanyi untuk ibunya adalah satu kebahagiaan. Jika satu masa ibunya meninggal, dia tidak akan merasa untuk menjaga ibunya lagi, itulah yang membuatnya begitu sedih.

Setelah memuat naik video tersebut ke media sosial, ramai netizen yang mendoakan supaya mereka dipanjangkan usia dan berdoa untuk kebahagian mereka.

Jadi, kepada yang masih punya ibu, sudahkah anda bertanyakan khabar ibu anda?

Tonton VIDEO Penuh Di bawah

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita dan Berita Menarik!

Sumber : FeedyTV / Terjemahan Oleh Beritakopak.org