” Sebaik t4lak dilafazkan arwah terhadap saya, maka terlerailah ikatan sah yang menyatukan kami.. ” – Siti Nordiana
” Cuma sekelumit kebenaran didedah ke pengetahuan umum. Selebihnya hanya kami berdua yang tahu.. ” – Siti Nordiana
PETALING JAYA 9 Sept. – Penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Siti Nordiana Alias atau Nana, 34, tekad mendedahkan kebenaran di sebalik krisis rumah tangga sehingga terpaksa akur untuk berpis4h dengan bekas suaminya, Allahyarham Faizal Yusup.
Menurut Nana, sejak sekian lama, tiada seorang pun benar-benar tahu punca sebenar kerunt0han rumah tangganya yang ketika itu telah bertahan selama lebih tiga tahun.
“ Saya dan Faizal diijabkabulkan pada 29 April 2006 dan anak tunggal kami, Muhammad Rayyan Nakhaie lahir pada 21 Mac 2008, kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri.
“ Namun pada tanggal 14 September 2009, sebaik tal4k dilafazkan arw4h terhadap saya, maka terlerailah ikatan sah yang sebelum ini menyatukan kami sebagai pasangan kelamin.
“Sepanjang proses perbicaraan yang akhirnya menjurus kepada percer4ian kami, cuma sekelumit kebenaran dikongsi dan didedah sehingga ke pengetahuan umum. Selebihnya hanya kami berdua yang tahu,” katanya berterus-terang.
Tambah Nana, selepas pemergian arw4h ke rahmatullah pada 1 Januari 2011, dialah individu tunggal yang mengetahui kisah dalam kelambu perkahwinan mereka.
Berpaut kepada pepatah motivasi berbunyi ‘Takdir Yang Mengecewakan Itu Tidak Pernah Sia-Sia’, Nana temui idea untuk menerbitkan buku biografi berjudul Life Goes On yang dilancarkan semalam.
Menurutnya, isi kandungan naskhah terbabit adalah hasil nukilannya sendiri biarpun terpaksa berendam air mata setiap kali mengenangkan memori suka duk4 yang dilalui sewaktu hidup di samping Faizal.
“ Saya berasa amat h1ba dan sebak tatkala mengingat kembali masa lalu. Saya tidak sangka akan tempuhi dug4an seberat itu dan Alhamdulillah, berjaya juga laluinya.
“ Sebanyak 80 peratus rahsia rumah tangga yang disimpan rapi selama ini, turut saya kongsikan.
“ Bakinya tidak perlu didedahkan demi menjaga hati banyak pihak termasuk keluarga bekas mentua,” katanya.
Nana menegaskan, perkongsian mengenai kegag4lan rumah tangganya bukanlah untuk membuka aib sendiri atau sesiapa, tetapi sekadar sumber motivasi bagi individu yang ditimpa ujian serupa.
Pada masa sama, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu berharap agar perkongsian yang dibukukan tersebut memberi manfaat serta inspirasi kepada orang lain.
Sumber : Utusan Online