” Saya berkenalan dengan suami setelah 10 tahun dia menduda, jadi tak ada istilah s0ndol meny0ndol.. “
” Tapi saya naik rimas bila bekas isteri dia asyik nak mintak duit dengan suami sampai sekarang. Apa perlu saya buat ? ”
Salam admin. Mohon admin hide profile saya. Saya dan suami berkenalan tahun lepas, dan baru mendirikan rumahtangga 6 bulan. Saya berkenalan dengan suami setelah dia menduda selama 10 tahun. Jadi tiada istilah sond0l menyond0l untuk pengetahuan makcik / pakcik bawang.
Dalam tempoh perkenalan saya pernah bertanya pada suami kenapa tidak sambung / rujuk pada bekas isteri, dia bagitahu yang dia pernah banyak kali memujuk untuk menyambung kembali namun bekas isterinya tidak mahu kembali sebab percer4ian, bekas isteri bekerja sehingga abaikan suami dan anak2.
Untuk pengetahuan, anak2 semua suami yang jaga, bekas isteri tidak menuntut hak untuk menjaga anak, meskipun anak bongsu baru 7 tahun.
Gambar Sekadar Ilustrasi
Masalahnya sekarang, saya dalam dilema.
Suami mempunyai group whatsapp family, include bekas isteri. Saya tidak kisah kalau melibatkan anak2 cumanya bila ada masalah, contoh bekas isteri tiada duit hendak balik kg sendiri / tiada duit hendak belanja, diberitahu dalam group, suami tolong bagi.
Adakah salah saya, kalau saya merasakan ir1 hati ? Masih perlukah suami memberi belanja untuk bekas isteri meskipun sekadar menolong ? Itu tidak termasuk kereta dan rumah. Sedangkan saya di rumah jaga anak2nya.
Saya bukan mengungk1t, cuma rasa ger4m. Saya manusia biasa, ada hati perasaan. Saya pernah menyatakan hasrat saya, jika bekas isteri hendak sambung / rujuk kembali, saya terima dia sebagai madu. Ini tidak. Dia tidak mahu. Tapi bila tiada duit, dia mengadu pada suami.
Gambar Sekadar Ilustrasi
Saya tidak tahu sampai bila semua ini akan berakhir. Dulu suami pernah cakap, bekas isteri jarang whatsapp dengan anak2, namun sejak 3 bulan perkahwinan saya, bekas isteri semakin kerap whatsapp, saya keliru, saya tidak faham apa yang dia nak.
Saya juga pernah melihat status whatsapp dia di hp suami, yang dia berangan2 hendak pakai pakaian pengantin tetapi tidak kesampaian, status selepas seminggu perkahwinan saya.
Saya tidak kisah andai dia madu saya, suami habiskan duit untuk dia. Sekurang2nya dia ada hak sebagai isteri, tetapi sekarang ini masalahnya dia tak nak sambung / rujuk. Dan saya, saya rasa macam kosong, mereka lengkap 1 family. Saya rasa macam saya orang gaji yang urus anak2.
Gambar Sekadar Ilustrasi
Saya pun sudah habis berfikir. Saya fikir ke hadapan. Jika suami sambung / rujuk dengan bekas isteri dan bekas isteri tidak mahu berkongsi, saya sanggup berundur meskipun kasih, cinta, sayang saya pada suami masih kuat.
Saya tidak mahu menghalang kebahagiaan mereka, kerana mereka sudah lengkap 1 family dengan anak2. Saya ? Saya seorang. Mungkin kewujudan saya untuk memberi peluang kepada mereka untuk bersatu kembali.
Terima kasih admin.
Apa pendapat anda?
Silakan SHARE dan semoga bermanfaat
Sumber : KRT / Dikemaskini oleh Berita Kopak