” Kenangan paling per1t, selepas bersalin saya terp4ksa tunggu bekas suami selama 4 jam hanya inginkan dia iqamatkan anak kami.. “

” Bertambah lul0h hati bila dapat tahu dia sedang bermadu kasih dengan janda itu.. “

Mohon admin hidden kan identiti saya. Saya segan. Lama saya ambil masa untuk beranikan diri untuk coretkan dugaan hidup saya dalam KRT ini. Sekarang baru berani hendak share. Sebab saya perlukan bantuan warga KRT untuk berikan kata semangat serta share kan pengalaman bagi yang sudah laluinya.

Ok lah, tidak mahu bermadah panjang sangat takut kena kec4m. Saya mulakan dengan bismillah. Saya berstatus ibu tunggal beranak 1 berumur setahun 6 bulan. Sebelum ini isteri orang. Hehehe.

Berusia awal 30-an. Seorang kakitangan awam. Bekas suami juga seorang penjawat awam. Saya mempunyai kereta (Dah selesai bayar), rumah (Masih loan dengan bank atas nama saya sendiri).

(Gambar Sekadar Hiasan)

Bekas suami saya seorang penjawat awam berusia awal 30-an juga. Kami bernikah pada 2011 selepas berkenalan selama 2 tahun. Dari awal berkahwin kami PJJ. Saya di utara dia di selatan. Setiap weekend dan cuti umum saya akan menaiki bas ke selatan. Jarak perjalanan melebihi 500Km sehala. Huhuhu.

Kami diduga lambat dikurniakan zuriat. Ye la macam mana nak “connected” kalau “wifi” signal tak dijumpai. Hahaha. Setelah pelbagai usaha untuk kami tinggal sebumbung, Akhirnya ALLAH makbulkan.

2014 kami dah duduk sebumbung dan bekerja di daerah yang sama. Opis je la lain-lain. Ku sangkakan panas sepanjang hari rupanya hujan di tengahari. Deria ke 6 saya mula cur1ga apabila kami mula tinggal sekali.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Dan akhirnya berkat doa dan solat hajat ALLAH tunjukkan kebenaran. Bekas suami bermain cinta dengan seorang janda muda beranak 1 dari selatan. Apabila saya siasat, janda tu kata sudah setahun lebih mereka berkawan dan bekas suami saya kata dia bujang.

Lul0h hati saya. Meratap di tepi lopak air yang keroh dibuatnya. Saya tidak salahkan janda tu sebab dia tidak tahu yang pakwe dia tu suami orang. Tetapi tidak sangka mereka masih bercinta walaupun dah tahu status suami saya.

Mula la saya naik h4ntu dengan janda itu. Bila call tanya kenapa masih bercinta dengan suami saya jawapan dia Saya Tak Boleh Lupakan Suami kakak.

Dan hasil pengakuan dari janda tu baru lah saya tahu rupanya bekas suami saya tetap kejarkan janda itu kerana anak. Ye bekas suami saya inginkan anak. Lul0h hati saya.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Dan bila saya tanya bekas suami saya, adakah benar apa yang janda itu katakan, bekas suami saya telah melafazkan cer4i atas saya di hadapan ayah serta adik saya. Sebulan selepas itu, bekas suami telah memujuk untuk merujuk kembali.

3 bulan selepas rujuk, saya disahkan hamil. Gembira sangat hati saya tapi tidak pada bekas suami. Masa itu saya syak yang mereka masih berhubung. Dan betul jangkaan saya.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Masa usia kandungan saya 4 bulan, saya bertanya lagi pada janda itu, kenapa masih berhubung. Dia kata bekas suami saya bagi tahu dia yang kami telah bercer4i. Hem hati mana yang tidak terluka r0bek dicar1k2.

Saya mencari kekuatan untuk bertanya pada bekas suami. Dan sekali lagi bekas suami melafazkan cer4i pada saya. Pada ketika hanya ALLAH tempat saya mengadu dan saya continues kuatkan semangat demi anak dalam kandungan saya.

Sepanjang saya mengandung, semua urusan ke klinik, beli barang keperluan bakal anak, sehinggalah habis berpantang semuanya saya lakukan sendiri dengan dibantu adik serta mak ayah saya. Bekas suami hanya berikan duit sahaja. Itu pun riak muka tidak ikhlas.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Kenangan paling per1t yang saya tidak boleh lupakan sehingga kini, selepas saya selamat bersalin secara normal, saya terpaksa menunggu bekas suami selama hampir 4 jam di labour room. Hanya inginkan dia iqamatkan anak saya.

Saya bersalin awal 3 minggu dan kebetulan pada hari saya hendak bersalin keluarga saya berada luar kawasan. Jadinya saya kena bergantung pada bekas suami.

Bertambah lul0h hati apabila saya dapat tahu dia sedang bermadu kasih dengan janda itu sedangkan saya sudah bagi tahu yang saya dalam labour room nak bersalin. Saya berpantang tanpa suami di sisi. Syukur anak saya dilahirkan sihat sempurna.

Selepas habis pantang, bekas suami kerap ziarah saya dan anak. Keperluan anak semua dipenuhi. Termasuk keperluan saya sendiri.

Namun bulan berganti bulan, begitu juga tahun, bekas suami berubah menjadi mudah bar4n terhadap kami. Anak kecil yang tidak mengerti apa2 dimar4hnya bila merengek. Anak dem4m pun di katanya r1mas.

Kemuncak pada kemel0t kami berlalu sebulan yang lepas. Saya minta bekas suami jagakan anak sekejap kerana saya perlu ke pejabat di hari minggu.

Tapi masa saya turunkan anak di rumah dia, anak menangis di pintu dan bekas suami tidak endahkan tapi dia cakap “ R1masnya. Menyusahkan saja kamu ini. Melal4k saja tahu.”

Selepas hari itu, saya makin jauh hati. Apalah salah anak kecil yang tidak tahu apa. Anak kecil yang perlukan belaian. Kadang2 kes1an pada anak saya sebab membesar tanpa dikasihi oleh ayah sendiri. Saya buntu.

Mengenangkan masa depan anak nanti. Kene ejek ke dengan orang sekeliling nanti? Bekas mertua tidak sudah2 pujuk saya untuk kembali semula anaknya demi masa depan cucu katanya. Hem hati saya masih berdar4h.

Manakan nak bahagia kalau bekas suami sudah tidak rasa sayang. Betul tak? Saya ini sayang lagi la kepada dia tetapi entah la.

(Gambar Sekadar Hiasan)

So soalan saya sekarang, adakah hak penjagaan anak akan berpihak kepada saya? Saya tidak pernah buat tuntutan hak jagaan anak lagi. Sekarang baru nak buat. Huhuhu.

Yela anak sudah besar. Kang sibuk hendak rebut. Ye la sudah besar kan senang jaga. Tidak melalak2. Tidak payah bangun tengah malam buat susu. Sudah senang.

Jadi hendak minta bantuan kat warga KRT sekalian, ada chance tidak bekas suami saya dapat hak jagaan anak ini? Saya tidak mahu hilang anak. Hilang suami tidak mengapa. Sebab bukan saya beranakkan suami itu. Huhuhu.

Oh ye lupa nak cerita, sekarang ini janda itu sudah nikah baru. Sebulan selepas saya bersalin, janda itu sudah nikah dengan orang lain. Padan muka bekas suami saya itu. Ok lah, panjang sudah cerita saya ini. Tolonglah jangan kec4m saya. TQ min. And harap faham karangan saya ini. Love u min.

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : KRT / Dikemaskini oleh Berita Kopak