” Salahkah pak cik aku menjadi suami aku walaupun beza umur kami 30 tahun ? “
Assalamualaikum min. Di sini aku ingin berkongsi kisah hidupku. Bila menonton cerita ‘Kekasih P4ksa Rela’ bagai mengimbau kembali kisah hidupku. Cinta Adham dan Hanan Khaira seperti kisah cintaku dan suami. Perkenalanku dengan suami ketika berusia 4 tahun dan suamiku adalah kawan kepada ayah.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Perbezaan umurku dan suami 30 tahun. Mungkin perbezaan umur Adham dan Hanan Khaira tidaklah terlalu jauh seperti perbezaan usiaku dan suami. Dia sangat baik, pemurah, suka menolong orang dan penyayang. Dia juga adalah bapa angkat yang aku gelar ‘pak cik’. Pak cik inilah yang banyak memberi sokongan moral kepadaku sejak aku kecil.
Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga besar yang agak susah. Adik beradik 7 orang dan ibu seorang suri rumah. Hanya ayah seorang yang bekerja. Kehadiran ‘pak cik’ banyak membantu kami sekeluarga. ‘Pak cik’ ini setiap kali dia datang ke rumah suka beri duit belanja pada aku dan adik-adik. Pernah ayahku outstation selama 2 minggu dan ‘pak cik’ telah mengambil alih tugas ayah menghantar kami ke sekolah dan membelanjakan keperluan rumah untuk kami sekeluarga.
Antara kami adik beradik, aku nampak ‘pak cik’ lebih sayangkan aku berbanding adik beradik yang lain. ‘Pak cik’ pernah cakap, dia kesian tengok aku sebab aku kakak sulung dan perlu jaga ramai adik. Dia kesian tengok aku penat. Jadi dalam adik beradik selalu aku akan dapat lebih sikit duit belanja daripada ‘pak cik’.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Semasa aku di sekolah menengah, ‘pak cik’ telah bercer4i dengan isterinya. Tetapi hubungannya dengan bekas isteri dan anak-anaknya sangat baik. Dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah yang baik dan sentiasa mengambil berat hal anak-anak dan bekas isteri. Disini aku dapat melihat kebaikan dalam dirinya.
Percer4ian bukanlah untuk saling memus0hi tetapi percer4ian mungkin jalan terbaik untuk mereka bersatu sebagai kawan baik dan menjadi ibu dan bapa terbaik buat anak-anak mereka. Aku pernah mendengar perbualan ‘pak cik’ dengan ibu dan ayahku bahawa dia tidak mahu berkahwin lagi. Biarlah dia begini dan teruskan hidupnya dengan menjaga anak-anaknya sehingga besar.
Aku ni pula jenis yang ‘anti lelaki’ bukan sebab aku lesbian atau sukakan perempuan tetapi ada beberapa kejadian yang membuatkan aku tidak percaya dengan lelaki. Ditambah lagi aku sekolah perempuan semasa di sekolah menengah. Jadi aku memang tidak biasa dengan lelaki melainkan adik beradik sendiri.
Semasa zaman persekolahanku, banyak perkara yang berlaku membuatkan aku sukar percaya dengan lelaki. Aku pernah dikejar oleh beberapa lelaki semasa balik dari sekolah tetapi aku berjaya melarikan diri dengan bersembunyi di rumah jiran-jiran. Pernah juga aku ditarik ke dalam kereta oleh beberapa orang lelaki yang memaksa aku masuk ke dalam kereta tetapi aku terselamat kerana ada orang yang nampak dan menjer1t membuatkan mereka terus lari.
Juga pernah aku diekori oleh seorang lelaki yang menaiki motor yang telah lama memerhatikan aku pergi dan balik ke sekolah. Aku tidak tahu apa niat mereka buat begitu tetapi padaku semua lelaki sama. Jahat dan suka mengambil kesempatan. Tapi setiap kali sesuatu perkara hendak berlaku mesti aku terselamat. Mungkin Allah sayangkan aku. Aku sentiasa dipelihara daripada sebarang niat jahat manusia.
Setelah tamat sekolah menengah, aku mendapat tawaran belajar di matrikulasi di utara, aku berasal dari selatan tanah air. Tidak pernah aku berjauhan dengan keluarga sejauh ini. Belajar di negeri orang membuatkan aku berasa sangat janggal dan sunyi. Semasa berjauhan, hari-hari ‘pak cik’ akan telefon aku menanyakan khabar dan jika aku perlukan duit belanja.
Kerap juga dia ‘bank in’ duit ke dalam akaunku. Semakin aku berjauhan, aku rasa ‘pak cik’ sangat dekat denganku. Dialah kawan aku setiap malam, mendengar ceritaku di kolej, hal pelajaranku dan masalahku. Berbeza dengan kawan-kawan lain bergayut dengan teman lelaki masing-masing setiap malam. Teman lelaki bagiku memang tidak wujud disebabkan perasaan tidak percaya dengan lelaki.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Aku jarang balik ke rumah kerana jarak tempat belajar terlalu jauh. Aku hanya balik ketika cuti semester. Suatu hari ketika ‘pak cik’ telefon aku seperti biasa, aku mengadu pada ‘pak cik’ bahawa ada seorang lelaki yang meminatiku di kolej. Suara ‘pak cik’ berubah dan dia menanyakan perasaan aku pada lelaki itu. Aku memang tidak ada perasaan langsung dengan lelaki itu.
Sejak dari itu semakin lama aku perasan perubahan ‘pak cik’. Perasaan cemb0ru mula timbul dalam diri ‘pak cik’. Aku dapat rasakan sesuatu. Pada suatu hari, tiba-tiba ‘pak cik’ telefon meluahkan perasaan dia padaku. Dia mengaku yang dia tidak sanggup kehilanganku. Dia tidak sanggup tengok aku bersama orang lain. Dia minta maaf padaku.
Kata ‘pak cik’, selama ini dia memang anggap aku macam anak dia. Tapi bila dia tahu ada orang suka padaku, dia seperti tidak boleh terima kenyataan. Dia mula cintakan aku dan ingin memperisterikanku. Tersentap aku, tidak sangka akhirnya ‘pak cik’ meluahkan perasaannya. Aku sudah agak. Tapi ‘pak cik’ tidak mem4ksa diriku untuk menerima dia. Dia cakap, kalau aku setuju terima dia sebagai suami, aku kena panggil dia ‘abang’.
Dia akan setia menunggu jawapan dariku dan dia akan terima apa saja keputusanku. Hari-hari aku berfikir dan berdoa supaya aku dapat buat keputusan yang terbaik. Suatu hari aku bermimpi aku pergi di suatu tempat yang sangat cantik yang tidak pernah aku lihat di dunia ni, terlalu cantik. Satu pemandangan air terjun biru dan berkabus. Aku berpakaian serba putih, tiba-tiba muncul seorang lelaki berbaju melayu putih. Dia memegang erat tanganku dan berkata “Inilah tempat kita nanti”.
Aku memandang muka lelaki itu, tersentap aku. ‘Pak cik’? Tampannya dia. Kulit halus mulus, muda belia. Ketampanan seorang lelaki yang aku belum pernah lihat sebelum ini. Sedar aku dari mimpi, aku terus menangis. Adakah dia jodoh buatku? Aku redha dan aku dapat rasakan kebahagiaan muncul dalam hidupku.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Aku tidak sabar menunggu panggilan telefon dari ‘pak cik’. Seperti biasa ‘pak cik’ telefon aku, aku terus berlari dan mengangkat telefon dan memanggil ‘abang’. Katanya dia rasa jantungnya bagai hendak luruh. Terdengar suara bahagia. Aku bersyukur, aku rasa inilah keputusan terbaik yang pernah aku buat dalam hidupku. Ibu dan ayah terima sepenuhnya keputusanku. Kata mereka dialah lelaki paling baik buatku.
Tiga bulan lagi aku akan tamat belajar di matrikulasi. Ibu dan ayah sudah buatkan persiapan untuk perkahwinan kami. ‘Pak cik’ sudah tidak sabar tunggu aku balik, hendak berhadapan denganku dan mendengar aku panggil dia ‘abang’ di depannya. Nak tergelak pun ada. Sebenarnya ‘pak cik’ yang aku kenal ini serius orangnya, tidak banyak bercakap, jarang tersenyum dan garang tapi dia caring dan baik hati.
Bila aku tengok watak Adham dalam cerita ‘Kekasih P4ksa Rela’, aku rasa perangai dia sebijik ‘pak cik’ aku. Lepas tamat matrikulasi, aku pulang ke kampung menaiki bas. Sesampai aku di stesen bas, dia sudah menunggu kepulanganku dengan sejambak bunga. Hahaha. Sweetnya ‘pak cik’ ini. Dia terus bagi bunga itu. Dia kata seumur hidup dia, dia tidak pernah bagi bunga pada perempuan. Yelah, orangnya memang tidak romantik, serius pulak itu. Kelakar pulak aku tengok.
Bila aku salam dan panggil dia ‘abang’, dia terus ketawa. Tidak pernah aku tengok dia ketawa macam itu. Teruk betul. Bermula hari itu, kami terus uruskan proses perkahwinan. Kami ke pejabat agama, berjumpa imam, pergi kursus kahwin dan sebagainya. Tapi dalam banyak2 proses yang aku lalui, satu peristiwa ni yang aku paling tidak boleh lupa.
Aku dan ibu pergi ke pejabat penghulu untuk pengesahan bujang. Bila pegawai itu tengok maklumat dalam borang nikah, dia terperanjat. Dia mempersoalkan kenapa aku hendak kahwin dengan orang tua sedangkan aku cantik dan berpelajaran (Dalam borang itu ada tulis aku belajar di matrikulasi). Dia kata budak yang masuk matriks ni budak-budak yang pandai. Dia seperti tidak puas hati.
Dia tanya ibuku kalau-kalau aku dah termengandung dan lelaki tua tu sanggup menjadi pak sanggup aku. ‘Astaghfirullahalazim’ Teruk betul tanggapan orang itu. Aku betul2 mar4h dan melawan. Aku cabar dia untuk membuktikan yang aku masih suci dan pergi ke hospital. Kemudian barulah dia mula slow dan terima. Terus orang itu tandatangan borang pengesahan itu.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Selepas selesai semuanya, tibalah hari perkahwinan kami. Aku dan suami bernikah di masjid yang disaksikan ahli keluarga terdekat. Dalam usia baru mencecah 18 tahun, aku sudah bergelar seorang isteri kepada lelaki yang berusia 48 tahun. Macam Hanan Khaira kan, kahwin di usia muda. Suamiku lebih tua dari ibu dan ayahku. Anak suamiku dengan isteri terdahulu juga umurnya lebih tua daripadaku. Tetapi semua itu bukan penghalang cinta kami.
Majlis resepsi akan dibuat 2 minggu selepas hari pernikahan. Ibu dan ayah sibuk menelefon saudara mara menjemput mereka ke majlis perkahwinanku. Masing-masing terperanjat. Tidak ada angin, tidak ada ribut tiba-tiba hujan. Yelah akukan masih muda. Masing-masing menanyakan siapa bakal suamiku. Ibu dan ayah hanya diam dan menjemput mereka datang.
Pada hari pernikahan, majlis jadi huru hara bila pak cik dan mak cik tahu siapa suami aku. Mereka marahkan ibu dan ayah. Mereka tuduh ibu dan ayah paksa aku kahwin dengan suami aku sebab mereka tahu suamiku adalah kawan kepada ibu dan ayah. Mereka mogok dan tidak mahu makan masa majlis aku dan terus beredar balik. Walaupun sedih dengan peristiwa itu, tetapi aku redha. Majlis berjalan lancar sehingga tamat. Sejak hari itu, hubungan ayah dengan adik beradiknya mula rengg4ng disebabkan perkahwinan aku.
Percintaan selepas kahwin memang indah. Kehidupan suami isteri kami selama 2 bulan berjalan lancar sehingga aku terima tawaran belajar di IPTA. Walaupun suami sedih hendak berjauhan denganku tetapi dia terp4ksa akur dengan keputusanku.
Aku kena sambung belajar demi kelangsungan hidup. Tidak selamanya aku boleh bergantung dengan suami. Kami berjauhan selama 4 tahun sehingga aku tamat belajar. 2 kali mengandung dan keguguran sepanjang tempoh belajar. Selama aku menjadi isterinya, bermacam dug4an yang datang dan pelbagai tanggapan orang sekeliling kepada kami. Bila orang tahu aku isterinya, mesti orang akan cakap ‘Untungnya dia dapat isteri muda dan cantik’. Tetapi di sini aku hendak bagitau semua orang, aku yang beruntung dapat suami macam dia.
Setelah tamat belajar dan aku pun dapat tawaran kerja. Aku bersyukur dapat kerja dekat dengan rumah. Jadi tidak perlulah berjauhan dengan suami. Tahun kelima sebagai suami isteri, aku disahkan mengandung.
Aku selamat melahirkan anak sulung pada tahun 2008. Bertambah bahagia hidup kami. Dalam kebahagiaan kami, tiba-tiba muncul seorang lelaki meluahkan perasaannya padaku. Dia telah memerhatikanku sejak aku mula bekerja di tempat kerjaku. Dia bekerja di café tempat kerjaku. Walaupun dia tahu aku sudah bersuami dan ada anak tetapi dia tidak pernah give up untuk memenangi hatiku. Aku pulak memang tidak layan langsung, puas sudah aku marah dia tetapi dia tetap macam itu.
Suamiku tahu hal ini, dia malas hendak masuk campur. Suami takut kalau dia masuk campur, keadaan jadi makin teruk kerana takut tidak boleh kawal perasaan. Suami percaya aku boleh hadapi ujian ini dengan matang sebab dia memang kenal siapa aku. Suamiku pernah wakilkan ayahku untuk berjumpa lelaki itu dan memberi amaran kepadanya supaya menjauhiku.
Hampir 3 tahun si dia ganggu hidup aku, akhirnya kontrak café keluarganya tamat. Aku berasa lega sebab tiada lagi orang yang boleh ganggu hidup aku. Tapi tanggapanku silap sama sekali. Dia tetap tidak berputus asa. Aku tidak faham lelaki jenis apa dia ini. Isteri orang pun dia hendak ramp4s. Apa motif dia pun aku tidak tahu. Pernah dia hantar bunga ke tempat kerja dan pernah juga dia hantar kek. Ger4m aku tengok.
Segala pemberian dia aku buang dalam tong sampah. Sebab itulah dari dulu aku memang susah hendak percayakan lelaki. Benci betul aku dengan lelaki ini. Sampai sekarang pun walaupun sudah 9 tahun, dia tetap tidak pernah putus asa. Sentiasa hantar mesej tanya khabar, minta untuk berjumpa dan macam-macam lagi. Aku tidak pernah balas walaupun sekali.
Semua contact aku dah block baik message, WhatsApp, facebook dan macam-macam lagi. Terkini dia gunakan CallApp Contacts. Aku tahu dia ada buat fake akaun kat facebook untuk tahu perkembangan aku. Aku anggap ini semua ujian buatku. Kadang-kadang Allah datangkan orang-orang begini untuk menguji kekuatan iman hambanya.
Di sini aku nak nasihatkan kepada wanita-wanita di luar sana. Janganlah membanding-bandingkan suami anda dengan lelaki lain. Suami tidak romantik, tidak pernah bagi hadiah, tidak sporting dan sebagainya. Sentiasa bersyukur dan hargai dengan apa yang kita ada. Sentiasa cari kelebihan dalam diri pasangan kita. Belajar untuk menerima pasangan kita seadanya. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ini.
Jika ada lelaki yang suka pada kita, ingat itu semua ujian. Orang suka pada kita bukan sebab kita cantik sangat, tapi orang-orang yang didatangkan dalam hidup kita itu adalah ujian dari Allah. Tahun 2018 ini genap usia perkahwinan kami yang ke 15 tahun. 30 tahun mengenali suamiku dan 15 tahun hidup sebagai suami isteri banyak mematangkanku. Dikurniakan 3 orang anak sangat membahagiakanku.
Sekarang suamiku sering s4kit. Usianya pun dah menjangkau 60++ tahun. Aku bertekad untuk menjaga dia. Doakan kesihatan suamiku. Abang, saya akan balas semua budi baik abang selama ni. Abanglah suami yang paling prihatin dan penyayang. Walaupun kita tidak kaya, tetapi saya tidak pernah rasa susah. Walaupun gar4ng dan tegas, tetapi lelaki inilah yang mampu menundukkan ego wanita ini.
Walaupun abang tidak pernah ingat besday saya, anniversary kita, tarikh-tarikh penting kita, tidak panggil saya sayang, tidak romantik dan lain-lain tetapi abang sentiasa prihatin dengan saya. Abang sentiasa tahu bila saya tidak ada duit walaupun tidak pernah beritahu, abang selalu isikan minyak kereta walaupun hari-hari saya yang bawak kereta, abang selalu buatkan air minum saya setiap hari sebelum pergi kerja.
Abang sentiasa doakan setiap langkah perjalanan saya. Abang adalah syurga saya. Saya sayang abang. Tiada pengganti abang di hati saya. Saya doakan semoga jodoh kita berkekalan hingga Jannah. Saya nak abang jadi biadadara saya di syurga dan saya akan jadi bidadari abang di sana. Semoga Allah memberkati cinta kita. Kasih hingga syurga. I Love U ‘Pak Cik’.
Apa pendapat anda?
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..
Sumber : KRT / Dikemaskini Oleh Berita Kopak