” Kak Lina so humble dan caring, travel mesti bawa ayah sekali.. ” – Netizen
Elly Mazlein Kongsi Video Perjalanan Pulang Ke Kampung Cikgu Azlan Bersama Anak-Anak Dan Bapanya. Alahai Comelnya Gelagat Sefhia Dan Haider, Lincah Betul Dua Beradik Ni. Kak Lina Siap Bawa Ayah Dia Sekali Balik Kelantan, Terbaik Lah !!
Menerusi akaun Instagram Elly Mazlein atau lebih mesra dengan nama Kak Lina Kepom, telah dikongsikan video throwback yang memaparkan suasana ketika Kak Lina bersama Cikgu Azlan dan anak-anak mereka, Putri Sara Sefhia dan Haider Mateen pulang beraya ke Kelantan.
Tidak hanya Kak Lina, abah Kak Lina juga turut serta pulang ke kampung Cikgu Azlan untuk meraikan Syawal. Video yang bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ini menyaksikan terujanya si kecil untuk pulang beraya.
Sefhia dan Haider cukup aktif dan mereka berlari ke sana ke sini ketika berada di lapangan terbang. Cikgu Azlan juga kelihatan sibuk melayani kerenah 2 kesayangannya itu. Seperti biasa, wajah Sefhia dan Haider tidak ditunjukkan oleh Kak Lina.
Warganet turut memuji cara Kak Lina melayani abahnya kerana setiap kali pulang beraya ke Kelantan, abahnya pasti akan dibawa bersama. Sebagai anak, Kak Lina melaksanakan tanggungjawabnya terhadap si ayah dengan baik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Kak Lina ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Saya suka tgk kepommmm.. so humble dn sgt caring.. selalu travel mesti bawa ayah sekali… Cikgu Azlan sgt bertuah dpt isteri mcm kepomm.. “
” Walau artis no syatu… tapi tau bawa diri dn pandai sesuaikan diri dgn family suami. N some more pandai masak.. “
” Alhamdulillah… sy doakan kepom dn Cikgu Azlan akan berbahagia hingga ke jannah… keep it up kepommm.. walau artis tapi tetap humble.. “
” Tak payah pen1ng-pen1ng hadap jem.. Naik flight je senang.. Tadi kami nampak kak lina kat airport pengkalan chepa. selamat hari raya kak lina.. “
” Kak lina pom pom memang susah kita nak tengok muka anak anak dia… bagus la kak lina.. “
” Aktifnya dua ketul tu, asyik lari sana sini je kan hehe.. cute je haider tarik telinga atok tu. happy anak-anak dapat balik kampung.. “
” Yang penting atok tak tinggal hokeyyy.. baguslah kak lina ni, salute sangat. tak lupakan abah.. semoga kak lina terus bahagia bersama suami, anak-anak.. “
Tumpang seronok melihat telatah anak-anak Kak Lina bersama papa dan atok mereka. Drama sebabak pun boleh lah Kak Lina asalkan anak-anak happy. Selamat hari raya Kak Lina dan semoga gembira selalu bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..