” Mujur mat despatch tak suruh Kak Rara turun. Tak fokus nak memandu, haha.. ” – Netizen
Video Ijoy Azhari Menghantar Sharifah Shahirah Ke Sebuah Event Dengan Menaiki Motosikal Buat Peminat Terhibur. Ad0i Riuh Betul Mulut Kak Rara Ni. Nasib Tak Tersekat Dekat Celah Kereta. Lawak Lah !!
Sharifah Shahira atau mesra dengan panggilan Shiera memang peramah orangnya. Setiap kali Shiera merakam video, pastinya ada sahaja jenaka spontan yang dilakukan oleh penyampai radio Suria FM ini.
Meninjau akaun Instagram Shiera Ijoy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Shiera ketika dihantar oleh Ijoy ke sebuah majlis dengan menaiki motosikal. Memandangkan ibu kota selalu mengalami kesesakan jalan raya, motosikal adalah pilihan terbaik untuk cepat sampai.
Tulis Shiera di kapsyennya berbunyi ‘ Laki mat despatch laa ‘. Shiera memberitahu Ijoy dia perlu sampai ke Grand Hyatt 15 minit sebelum waktu berbuka. Apa lagi, terus Ijoy memecut laju motosikalnya supaya sempat dengan call time si isteri.
Ijoy yang mencelah di antara kereta membuatkan Shiera menjer1t di belakang. Lawak betul bila Shiera risau tidak lepas badannya tu. Dengan bulu mata palsunya tu, nasib lah tidak melayang bulu mata.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Shiera ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mujur mat despatch tak suruh akak turun. Tak fokus nak pandu.. kelakar la kak ni haha.. Mengimbau betul cite mat despatch dulu ni..”
” Ini kalau laki aku ni ‘ ayang diam-diam’ hahha. Power kau kak dengan bulu baju , bulu mata.. bermotoran lagi haha.. “
” Hahaha bulu mata pun nak terbukak sis. hati-hati di jalan raya kak Shiera. Jangan Ijoy brek mengej0t pulak hahah.. “
” Kemain riuh eh penumpang ni haha.. Tudung dengan bulu mata ok ke tak tu kak rara haha.. “
” Helmet Ijoy mat dispetch lagi tu.. ada stiker-stiker.. Haha lawak la time kak rara sebut tak muat b0nt0t aku haha.. “
” Bulus-bulus naik motor, janji cepat sampai hehe. Mulut kak rara sama laju dengan abg ijoy bawak motor haha.. “
” Eh jangan masuk, tak muat b0nt0t aku haha.. berdekah kita dengar ayat kak rara ni.. adui lah tak pernah tak lawak.. “
Mulut tak henti-henti bercakap Shiera ini, ayat pun mencuit hati. Bukan main lagi Shiera memberitahu orang yang Rara naik motor dan Rara bangga, hehe. Apa-apa pun, Shiera memang semp0i orangnya dan semoga terus dimurahkan rezeki.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shiera Ijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..