” Comel anak-anak, family bersatu gathering macam ni.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sambutan Hari Lahir Anak Ashraf Muslim, Anas Yang Ke 7 Tahun Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Besar-Besar Semuanya Anak Ashraf. Comel Dan Handsome Belaka !!
Meninjau ke akaun Instagram Ashraf Muslim, perkongsian Ashraf ketika sambutan hari lahir anak lelakinya iaitu Anas telah meraih perhatian ramai. Tahun ini genap usia Anas 7 tahun dan Anas merupakan anak daripada isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana.
Seperti selalu, apabila ada apa-apa sambutan dalam keluarga, Ashraf dan kedua-dua isterinya akan berkumpul bersama termasuk anak-anak mereka. Keluarga ini juga mengenakan pakaian sedondon berwarna merah dan putih.
Kek hari lahir Anas bertemakan kartun animasi Ejen Ali, manakala Anas juga mengenakan T-shirt yang tertulis Ejen Anas. Anas juga memberikan pose yang menarik seperti gaya watak utama animasi tersebut.
Perkongsian Ashraf ini telah menerima lebih 8 ribu tanda suka daripada warganet. Ashraf juga turut menulis ucapan hari lahir buat Anas serta doa yang baik-baik buat permata hatinya itu. Makin besar makin handsome Anas ni.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Rata-rata netizen memberi ucapan selamat ulangtahun kelahiran kepada Anas. Antara komen-komen yang diberikan :
” Happy birthday Anas. Semoga menjadi anak yg soleh .. Happy tgk family ni…bile saling dpt menerima.. pah1t akan manis akhrnya.. “
” Happy birthday Anas semoga mnjadi anak yg soleh penyejuk mata ayah ibu .. auntie ecah doakan semoga anak membesar dengan sihat, dan berjaya dunia akh1rat… Aamiin.. “
” Happy birthday Anas.. Anas ni encem sgt.. Caya lah besar nti dia paling encem.. happy family, suka tengok.. “
” Happy birthday Anas. Semoga menjadi ank yg soleh dan membahagiakan ibu dan ayah. comey2 anak2 semua hasil didikan yg baik, family bersatu gathering mcm ni.. “
” Sannah helwa buat ana’s acik doakan anas dikurniakan Menjadi Hamba Allah yang Beriman soleh Dan berbakti Kepada Kedua Ibu Dan bapa amin2 ya Allah.. “
” Happy birthday Anas.. semoga menjadi anak yg musleh dan soleh.. teringat lg birthday pertama kat Matah.. meriah.. “
” Bday Anas, InsyaAllah ada rezeki lain kali mtk daddy Roger aunty Kin ye boleh kita delivery pizza ke Corndog ke donat ke.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Anas yang ke 7 tahun. Semoga membesar menjadi anak yang baik, taat kepada ibubapa dan menjadi anak yang soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ashraf Muslim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..