” Tahniah Wann, dah dapat menantu.. ” – Zarina Zainuddin

Video-Video Dan Gambar Majlis Pernikahan Anak Lelaki Penyanyi Wann Yang Begitu Meriah. Pengantin Sama Cantik Sama Padan, Bagai Pinang Dibel4h Dua. Cantik Manis Menantunya !!ย 

Penyanyi popular era 90-an, Wan Rashidah atau popular dengan nama pentasnya Wann bukan asing pada peminat yang membesar dengan lagu-lagunya. Pelantun lagu Bossanova dan Lamunan Hati ini menetap di Singapura bersama suami dan 2 orang anak mereka.

Meninjau akaun Instagram Wann, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan majlis pernikahan anak lelakinya, Mohd Israfael. Memilih wanita bernama Suhailah Saffa Chukhan sebagai pasangan hidup, majlis ini kelihatan begitu meriah sekali.

Dengan kehadiran tetamu yang sporting, ianya menggamatkan lagi suasana majlis. Melihat kepada pasangan mempelai, bagai pinang dibel4h dua. Kedua-duanya nampak segak dan cantik dalam busana pengantin mereka.

Wann turut memaklumkan di kapsyennya itu bahawa pak andam yang menghias anaknya ini juga adalah pak andam yang digunakan ketika perkahwinannya dahulu. 29 tahun dahulu sekarang pun Wann masih setia dengan pak andam yang sama.

Jom tonton video di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh Wann ini menerima ucapan tahniah dan mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Tahniah Wann, dah dapat menantu.. ” – Zarina Zainuddin

” Meriah, Mak Andam Kakwa Masa Bersanding Dulu, Jamil. Tahniah Adikku.. Terima Menantu. Selamat Pengantin Baru Kepada Anakanda Tercinta. Semoga Mereka Kekal Bahagia Hingga Ke Jannah.. ” – Salwa Abd Rahman

” MasyaALLAH TabarakALLAH Alhamdulillahh Tahniah wann_rashidah. Semoga pasangan anakanda bahagia hingga Jannah.. “

” TAHNIAH Kak dpt menantu selamat pengantin baru buat ank srta psngn, moga brbhgia hingga nyaw4 .. pak andam abg Jamil kan.. “

” Tahniah kak Wann, dah dapat menantu. Tak lama lagi dapat cucu pulak hehe. Cantik menantu, handsome anaknya.. “

” Tahniah to anakanda kak Wann dan juga kak Wann dan suami. Alhamdulillah sista dapat menantu.. “

” Tahniah untuk Cik Wann sekeluarga bersama ahli baru. Tahniah Israfael, isteri . semoga kekal ke Jannah.. “

” Tahniah kpd wann dapat menantu… Dan tahniah kpd kedua mempelai.. Semoga kekal hingga ke jannah cuma nak pesan satu je.. Hidup mestilah rukun sabar paling perlu cinta setiap hari senyum mesti selaluuuu oooo.. “

Tahniah juga daripada kami di Berita Kopak buat Wann sekeluarga dan semoga ikatan perkahwinan ini dirahmati oleh Allah, dikurniakan rumahtangga yang aman damai serta berbahagia sehingga ke akh1r hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wann, IG Khairudinsamsudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..