” Pakai tudung nampak muka macam Dr. Halina.. ” – Netizen
Video Anak Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Sophea Emelia Memakai Tudung Raih Perhatian Ramai. Eh Muka Tu Memang Sebijik Macam Mommy, Dr. Halina Lah !!
Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, p0sting terbaru yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Sebuah video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Sophea Emelia dipakaikan tudung.
Perkongsian ini bertujuan untuk menceritakan mengenai Emelia dan pasangan kembarnya, Eusoff kini sudah pun berhenti menyusu badan pada usia 22 bulan. Ini merupakan salah satu perkembangan yang baik buat mereka.
Selepas berhenti menyusu badan, kedua-dua mereka dilihat sudah pandai berdikari sendiri berbanding sebelum ini di mana mereka sangat manja dengan ibu mereka. Dr. Sheikh Muszaphar juga turut bertanya pendapat lain tentang cara untuk menjaga emosi anak-anak.
Gelagat Emelia di dalam video telah mencur1 perhatian ramai kerana Emelia dilihat sangat serupa dengan ibunya apabila memakai tudung. Malah lagu latar yang digunakan amat sesuai dengan nama Emelia, comel sangat.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji kecomelan Emelia. Ada juga yang berkongsi pandangan. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Masyaallah cantik ye… Ger4m rasa nak cub1t2 Jew pipi dia tu… you Emelia.. Emelia Comel ceria cerdik masyaAllah Tabarakallah… “
” Selepas wean off tu Emelia terus berhijab.. How fast she grow, i remember video she step on her dress.. “
” Subhanallah so cute Emilia, congrats Dr. this is a good sign to have more soon.. dr halina junior.. Emelia jangan comel sgt pls.. “
” Pakai tudung nampak muka mcm Dr. Halina.. Ape agaknye yg klakar sgt Tu Amelia ketawe….sape buat lawak Tu.. hahaha.. “
” Emelia serupa betul dgn Dr.Halina .. Manisnya muka suka senyum .. Semoga menjadi anak yang solehah , taat perintah Allah Dan hormat kedua ibubapa.. “
” Sweet Emelia.. comelnya.. mata dr halina.. pakai napkin pun ok.. lagu pon comel.. Both mommy and baby are struggling emotionally during this wean off phase .. “
” Ya Allah muka Emelia lah paling2 potostat muka Dr. Halina.. cantiknya muka dia.. Dah penuh gigi dia ye Dr.. Anak saya sebaya umur dgn emelia tp gigi baru nk masuk 6 batang.. “
Emelia sememang manis dengan senyuman seperti ibunya juga. Ke mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi kan. Semoga Sophea Emelia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak seperti abang dan kakaknya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr. Sheikh Muszaphar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..