” Perrhh vibe dia macam Shuib jadi cameo. Memang ngam dia dengan Sepahtu.. ” – Netizen

Video Kemunculan Ryan Bakery Dan Wan Chai Dalam Sepahtu Reunion Live Buat Penonton Terhibur. Amboi Macam Tu Je Ryan Baling Beg Yer. Wan Chai Pulak Senang Buat Kerja, Asyik Makan Je, Hehe. Part Yang Ryan Menyanyi Tu, Padu Juga Suara Dia !!

Nama Ryan Fahmi Bakery mula menjadi sebutan ramai apabila video-video yang dihasilkan olehnya mendapat perhatian. Memilih content bercerita tentang zaman kanak-kanak dengan bedak ditempek di muka, Ryan membuatkan kita mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.

Jika minggu sudah Ryan muncul di rancangan MeleT0P, minggu ini Ryan dan sahabatnya Wan Chai memeriahkan lagi Sepahtu Reunion Live. Meninjau akaun Instagram Zon Lawak, beberapa buah posting semasa berlangsungnya siri komedi ini dimuatnaik.

Ryan yang melakonkan watak pelajar sekolah mendapat tep0kan gemur0h daripada penonton apabila melangkah masuk ke pentas. Lawak Ryan begitu spontan dan ngam dengan jenaka Jep Sepahtu dan rakan-rakan yang lain.

Ryan turut menyanyikan lagu berjudul Kenangan Semalam dendangan asal kumpulan Olan. Wah Ryan, melawak boleh, menyanyi pun boleh tahan suaranya. Ramai juga yang suka melihat Ryan bergabung dengan Sepahtu dan lawak mereka semua memang menggeletek hati.

Jom tonton video di bawah :

Video-video ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet. Gam4t suasana Sepahtu Reunion Live malam ini dan antara komen-komen warganet :

” Ok dah boleh cam kalau dia masuk masked singer, sematt oo.. Wahhh baek laaa.. Real dow baling beg camtu haha adoi mengimbau sungguh.. “

” Terbaik do rezeki betul la korang ryanfahmibakery.. Pelawak semula jadi.. wanchai ek yang duduk tu ? Wan chai muke selambe g1le.. “

” Perrhh.. vibe dia macam shuib jadi cameo dlu.. memang ngam do dia dengan sepahtu.. Terbaik la.. “

” Betul aku teka dato fizz yang cameo malam nie.. masa live tadi admin bagi clue org pahang.. aku dah dapat agak.. “

” Ahhahaahha comel je.. Camp4k terus beg tu g1lerr duh.. wanchai senang buat keje makan.. Semat ooo abang kamen rider wanchaileii.. “

” Tak puas hati sangat sbb dia x masuk banyak.. dialog pun sikit.. tapi terbaik la.. nanti panggil lagi bagi dialog banyak kat dia.. “

” Tolong invite ryanfahmibakery dan wan chai lg mggu dpn.. wan chai keje senang mkn je.. kenyang kaum dpt mkn beger.. “

Rezeki Ryan namanya semakin meningkat naik masa kini. Mungkin pada masa akan datang Ryan boleh lagi berkolaborasi bersama Sepahtu untuk menghiburkan semua. Apa-apa pun, semoga terus maju jaya dalam semua lapangan yang diceburi Ryan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zon Lawak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..