” Cantiknya, tak pernah nampak berusia lah Camelia ni.. ” – Netizen

Khir Khalid Kongsi Gambar Penampilan Terkini Datin Seri Dayang Nur Camelia Raih Pujian Peminat. Wah Lama Tak Nampak Camelia, Tak Berubah Wajahnya. Maintain Awet Muda Dan Makin Manis !!

Peminat pastinya masih mengingati penyanyi berasal dari negeri Sarawak yang berwajah cantik, Datin Seri Dayang Nur Camelia Abang Khalid atau kini dikenali sebagai Datin Seri Camelia Khan. Pernah popular dengan lagu berjudul Rindu Padanya, DS Camelia sudah lama menyepi dari dunia seni hiburan tanah air.

Untuk rekod, DS Camelia menikahi seorang ahli perniagaan dan telah pun dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aisha Asmara Khan. Sebelum ini, pelakon Shah Rezza ada berkongsikan gambar bersama DS Camelia dalam sebuah majlis.

Legoland

Meninjau akaun Instagram juru mekap terkenal Khir Khalid, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru DS Camelia. Hasil makeup dan seni tangan Khir Khalid membuatkan wajah DS Camelia nampak lebih berseri-seri.

Ucapan selamat ulangtahun kelahiran juga diucapkan oleh Khir untuk sahabat baiknya ini. Memang tak dimamah usia wajah DS Camelia dan ramai peminat mengatakan wajahnya awet muda. Dari dulu sehingga kini, tidak berubah sangat malah bertambah manis bila dipandang.

Arab Shawl

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Khir ini mencatatkan hampir 8000 likes daripada peminat. Terubat juga rindu peminat pada DS Camelia dan antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Super g0rgeous, epitome of timeless beauty and elegance. Cantik betul Datin Seri Camelia ni.. “

” The one and only Camelia, timeless beauty. Camelia memang cantik dan tidak somb0ng. Tanpa menggunakan sebarang aplikasi tetap cantik.. “

” Melt1ng tengok Datin Seri Camelia ni, ini baru nombor satu. Cantik semulajadi dan tak tua-tua. Awet muda betul.. “

Soap Dispenser

” Dari zaman kita budak-budak sampai sekarang dah jadi mak orang, tetap nampak muda Camelia ni. Jelita dia tak berubah langsung.. “

” Her elegant and class takde sapa boleh challenge.. so classy not talking about her physical je tapi her act and tertib.. “

” Cantik betul, love her till now from ages ago undoubt beauty forever. Awet muda betul Datin Seri Camelia ni.. “

” Cantiknya, tak pernah nampak berusia lah Camelia ni. Masih kekal cantik sampai sekarang, Kenapa la Miss Universe Malaysia takde muka camniā€¦. Perfect.. “

” Wow cantiknya Datin Seri Camelia. One of the most beautiful woman in Asia, Camelia. Awet mudanya, cantik dan lemah lembut sangatt.. “

Semakin berusia, semakin cantik pula Datin Seri Camelia kesayangan ramai ini. Pastinya DS Camelia bahagia dengan kehidupannya dan ianya terpancar pada wajahnya yang awet muda itu. Semoga DS Camelia sentiasa dalam rahmat Allah dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Khir Khalid, IG Shahrezza61, Portal Majalah Nona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..