” Satu mall dengar suara awak panggil ibu awak Dayah anak oi, haha.. ” – Netizen

Video Anak Dayah Bakar, Achbar Muhammad Fahri Memanggil Ibunya Dengan Panggilan ‘Dayah’ Berulang Kali Di Mall Buat Ramai Terhibur. Amboi Macam Kawan Jer Dibuatnya, Haha !!

Meninjau ke akaun Instagram Dayah Bakar, perkongsian terbaru Dayah telah membuatkan ramai terhibur. Dayah telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan gelagat anaknya, Achbar Muhammad Fahri memanggil Dayah dengan panggilan nama.

Video tersebut dirakamkan di sebuah pasaraya memaparkan Fahri berlari-lari sambil menyebut nama Dayah. Menurut Dayah, Fahri terpengar0h dengan panggilan nama Dayah kerana selalu mendengar atuk dan neneknya memanggil dengan nama tersebut.

Perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 35 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Comel sangat Fahri memanggil ibunya dengan sekuat hati seolah-olah tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Sekadar info, Dayah popular sebagai seorang pengacara namun turut berbakat dalam menulis lirik lagu dan juga menyanyi. Dayah telah berkahwin dengan Kapten Hanif dan pernah menetap selama setahun di Australia kerana mengikut suaminya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat Fahri. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Bijak dia, tahu nama ibunya.. Nanti klu dia dengar dayah panggil bi or sayang kat husband dia pun ikut panggil mcm tu.. “

” My niece panggil sis masa dia kecik. Awk.. Awk.. Sbb my husband panggil sis Awk.. fahri eee ger4m bethol dgn baby comey ni.. “

” Why so cute fahri niii  pengaruh atokk kuat nii panggil ibu nama jaa.. satu mall dengar suara awak panggil ibu awak dayah anak oi.. haha.. “

” Dayah dipanggilnya.. Adik panggil kakak ke tu.. Huhuhu dulu anak2 sy pun mcm tu last2 atuk kena panggil anaknya ibu. Barulah cucu2 mengikut.. “

” Dia ingat member dia la kot comey betul.. Ni byk duduk ngan atok lah ni.. nasib tak panggil akak.. comelnya.. ” 

” Anak saya dulu panggil saya ADIK sbb dia dok dengar suma org panggil saya adik.. Comeiii jew dia panggil ibu dia dayah dayah dayah.. “

” Frasa anak tgh nk sebut panggilan ibu masing2.. anak kite ajar sebut mommy tp dia sebut ibu ibu.. Gitu yee mcm panggil member ye fahri.. “

Kanak-kanak seusia Fahri ini sememangnya gemar men1ru apa yang berlaku di sekelilingnya. Nampaknya Fahri mesti selalu bersama atuk dan nenek kan. Semoga Fahri membesar menjadi anak yang soleh. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayah Bakar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..