” Dah lah cantik, pandai mengaji pula.. ” – Netizen

Video Puteri Sarah Liyana Sedang Membaca Al-Quran Raih Perhatian Ramai. Alhamdulilah, Sedap Suara Sarah Dan Sejuk Mata Memandang !!

Bulan Ramadhan ini merupakan bulan untuk kita mengumpulkan pahala dan meningkatkan amal ibadah. Amalan yang dilakukan akan mendapat pahala yang berganda-ganda ketika di bulan Ramadhan.

Meninjau ke akaun Instagram Puteri Sarah Liyana, perkongsian terbaru Sarah telah meraih perhatian ramai. Sarah telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang belajar mengaji secara dalam talian bersama dengan seorang ustazah.

Walaupun Sarah menyatakan bacaan Al-Qurannya hanya sekadar biasa-biasa sahaja, namun ramai memuji bacaan Al-Quran Sarah. Video yang berdurasi beberapa saat ini telah mendapat lebih daripada 15 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dikongsikan. 

Sekadar info, Sarah merupakan isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Nama mereka ialah Syaikul Islam dan Sumayyah.

Jom tonton video di bawah :

Ramai yang memuji Sarah yang bukan sahaja cantik namun memiliki ciri-ciri wanita solehah. Antara komen-komen yang diberikan :

” Subhanallah you are beautiful inside out. Pandai puteri sarah mengaji luv sgt.. Alhamdulillah. Thanks for sharing.. “

” Cantiknya… stay strong ya.. Alhamdullillah.. best jgk tu.. Tenang tengok.. Semoga Allah permudahkan urusan sarah.. “

” Tersenyum sendiri bila tengok Sarah mengaji.. suka sis tengok, sejuk mata memandang.. Semoga semua yg baek2 utk Sarah & anak2.. “

” Untung seorg suami miliki istri yg pndai / nk bljar mngaji Al-Quran plih la sbaiknya syamsul jngan but4kan diri dn hati .inilah permata yang sntiasa ada.. “

” Tabahnye hati seorang wanita … InsyaAllah sarah kuat kerana Allah… sesunguhnya Allah bersama orang2 yang sabar… “

” Dah la cantik.. pndai mgaji pula.. smge Allah mlindungi kluarga sis.. Semoga Allah permudahkan urusan Sarah & anak2.. “

” Suka tengok sebab kakak cantik.. Bagusnya sis sarah semoga kuat, sbr dan redha.. cantik, baik dan sangat sempurna.. “

Alhamdulilah dan sejuk mata memandang melihat Sarah mengaji Al-Quran. Semoga Sarah terus istiqamah dalam menjalani ibadah dan dipermudahkan segala urusan. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada Puteri Sarah Liyana sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..