” Fuh kenangan lama mengus1k jiwa ye Erra.. ” – Netizen

Video Erra Fazira Mengimbau Kenangan Lama Bercerita Lagu Istimewa Untuk Dirinya Daripada Dato’ Awie Ketika Slot Pagi Di Sinar. Wah Lagu Ni, Kena Betul Dengan Liriknya. Lagu Nostalgia !!

Sudah beberapa hari sejak primadona Erra Fazira bersiaran di konti radio Sinar FM bersama team Duo Pagi Di Sinar, Jep Sepahtu, Angah Raja Lawak dan Rahim Sepahtu. Pelbagai isu dibualkan oleh mereka berempat sepanjang ke udara.

Meninjau akaun Instagram Sinar_my, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan perbualan para penyampai ini berkenaan lagu kenangan. Rahim menjawab lagu nostalgianya adalah daripada Ukay, ‘ Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu’.

Riuh suasana dengan gelak ketawa dan katanya Erra lagu itu sesuai untuk Rahim. Bak kata Erra ‘lagu modal’. Angah kemudian bertanya kepada Erra apakah lagu yang ditujukan oleh sesiapa yang memberi kesan di hatinya.

Tidak berselindung, Erra menjawab lagu Ratuku kerana katanya lagu itu sememangnya untuk Erra. Mengimbau kenangan lama, siapa tidak tahu kisah percintaan antara Dato’ Awie dan Erra suatu masa dahulu dan mereka masih lagi bersahabat baik sehingga kini.

Jom tonton video di bawah :

Antara perkongsian lain yang menarik :

Video perkongsian ini telahpun ditonton oleh lebih 7000 tontonan setakat ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Fuh kenangan lama mengus1k jiwa ye Erra hehe, selamat pagi Erra. Lepas ni mesti memasing tak nak cuti sebab bunga ada di situ.. “

” Bestlah pagi ni, Kopiah terus h1lang ye Angah haha. Punca kopiah je dah kec0h pagi Sinar. Era nampak muda lagi.. “

” Meriah team pagi sinar lagi lagi ada Erra Fazira haha. Terus tercab0t kopiah Angah, kelakar betul pagi pagi dengar.. “

” Idola saya kak Erra ni, nampak macam kecil comel je Erra ni. Sentiasa in love dengan Erra dari aku kecil lagi.. “

Kata Erra, lagu itu sangat bererti untuknya dan walaupun semuanya sudah tinggal kenangan namun apabila diingatkan kembali terasa sweet sahaja. Semua orang pasti ada kenangan indah untuk dikenang dan menjadi memori dalam sejarah hidup masing-masing.

Apa pun, itu hanyalah sekadar perkongsian cerita dan hiburan untuk pendengar semata-mata. Semoga Erra terus success dalam semua bidang yang diceburi dan gembira selalu bersama insan-insan tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar_my, IG Erra Fazira

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..