” Makan guna bekas ibu, terbaik Ajak, moga terus jadi anak soleh.. ” – Netizen
Kongsi Video Luangkan Masa Bersama Keluarga Tersayang, Namun Cara Layanan Ajak Terhadap Ibunya Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Dengan Ibu Pun Sweet Ajak Ni, Jalan Berpegangan Tangan, Makan Siap Bersuap, Memang Anak Yang Baik !!
Percayalah pada perkara kecil yang kita lakukan mampu memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan. Dengan berbakti kepada kedua ibu bapa, rezeki kita akan menjadi melimp4h ruah dan hati akan menjadi lebih tenang.
Seperti penyampai radio dan juga pelawak, Ajak Shiro telah berkongsi satu video yang memaparkan dia sedang meluangkan masa bersama dengan keluarga tercinta. Selain anak-anak dan isteri, turut kelihatan adalah ibu Ajak.
Dalam video tersebut Ajak kelihatan berpimpin tangan bersama ibunya dalam sebuah mall. Namun yang mencur1 perhatian warganet adalah cara layanan Ajak terhadap ‘syurga’nya itu ketika berada di sebuah restoran.
Manakan tidak, bukan sahaja berjalan berpimpin tangan, malah makan juga disuap oleh Ajak kepada ibu tersayang. Ada yang menyatakan bahawa kejayaan Ajak sekarang berkait rapat dengan cara dia memuliakan ibunya.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video yang dikongsikan oleh Ajak dan memuji sikap Ajak. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah Ajak selagi ada ibu sayangilah dan selalu tengok dia agar hidup di berkati dan mendapat redha Allah swt aamiin.. “
” Alhamdulillah. Moga pahala syurga buatmu kerna memuliakn mereka dalam kehidupan. Suka tengok layanan Ajak kat ibu.. “
” Alhamdulillah, makan guna bekas ibu, terbaik Ajak. Moga jadi jadi anak soleh. Gembira bahagia tengok korang.. “
” Alhamdulillah, terbaik bang. Patut murah rezeki bang, muliakan ibu. Moga semakin murah rezeki bang sekeluarga.. “
” Alolo sweet lah part Ajak suapkan ibu dia makan. Nampak ibu dia pun happy dengan layanan anaknya, alhamdulillah.. “
” Msuk mall pkai baju sleeveless, takde nk pkai tshirt branded2 walaupun dah senang sekarang, terbaik ar Ajak.. “
” Bahagia ibunya dpt layanan special. Patutlah rezeki Ajak murah, bahagiakan ibu serta isteri dengan seiring.. “
Syurga untuk anak lelaki di telapak kaki ibunya dan syurga bagi si isteri adalah di telapak kaki suaminya. Sayangilah ibu dan bahagiakan lah mereka selagi masih berpeluang. Apa-apa pun semoga Ajak dan sekeluarga terus bahagia bersama.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajak Shiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..